Sunday, September 8, 2013

Michelle lancar kempen Street Watch IM4u


MICHELLE (kanan) mengagihkan kit keselamatan dan wisel kepada penumpang wanita yang menaiki LRT di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Pelakon filem antarabangsa, Tan Sri Michelle Yeoh semalam, muncul di khalayak ramai untuk mengedarkan kit keselamatan dan wisel kepada penumpang wanita yang menaiki transit aliran ringan (LRT) sempena kempen Street Watch IM4u di sini.
Kempen tersebut yang merupakan cetusan idea Michelle bertujuan untuk meningkatkan kesedaran terhadap keselamatan wanita semasa menaiki pengangkutan awam.
Beliau yang dilantik sebagai mentor 1Malaysia For Youth (IM4U) pada Jun lalu berkata, kempen tersebut akan dijayakan dengan kerjasama dengan Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn. Bhd. (RapidKL) selama satu bulan.
“IM4U menyediakan lima ikrar dan lima tips keselamatan yang akan dikongsikan melalui platform media sosial IM4U kepada orang awam dan dipromosikan bersama pihak RapidKL,” katanya selepas melancarkan kempen itu di Stesen KL Sentral di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: