Sunday, September 22, 2013

BlackBerry mahu buang 4,500 pekerja


Ketua Pegawai Eksekutif BlackBerry, Thorsten Heins memperkenalkan telefon pintar BlackBerry Z10 di New York pada 30 Januari lalu.


NEW YORK - BlackBerry menyatakan kelmarin ia akan membuang 4,500 pekerja ketika syarikat yang beribu pejabat di Kanada itu berdepan kerugian besar ekoran kelembapan jualan beberapa model telefon baharunya.
BlackBerry memberitahu, ia menjangka kerugian antara AS$950 juta (RM3.1 bilion) hingga AS$995 juta (RM3.2 bilion) pada suku kedua tahun ini yang berpunca daripada kelemahan jualan model Z10 keluarannya.
Gajet itu merupakan senjata BlackBerry untuk mengembalikan keuntungan di pasaran yang dikuasai telefon sistem perisian Android dan Apple.
Publisiti meluas pelancaran BlacBerry Z10 awal tahun ini gagal merancakkan jualan.
Pihak atasan BlackBerry memberitahu, mereka masih mengkaji beberapa strategi alternatif termasuk kemungkinan menjual syarikat berkenaan.
Pembuangan pekerja itu melibatkan 40 peratus tenaga kerja BlacBerry dengan bilangan kakitangan dijangka berkurangan kepada 7,000 orang.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: