- Seramai 18 penagih dadah tegar yang ditahan di port berhampiran sempadan Pasir Puteh-Bachok, awal pagi kelmarin.
PASIR PUTEH - Seramai 18 penagih dadah tegar berusia 20 hingga 40 tahun berjaya ditangkap dalam serbuan di Kampung Kolam, Selising, dekat sini, awal pagi kelmarin.
Serbuan menerusi Ops Tapis dan Cantas Khas oleh sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh diketuai Inspektor Eddy Yusman Abu Bakar itu adalah hasil maklumat orang ramai.
Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Kamal Zainal berkata, mereka ditangkap di satu kawasan berhampiran sempadan Pasir Puteh-Bachok yang dijadikan port mereka dalam tempoh tujuh jam bermula jam 6 pagi.
Menurutnya, polis menahan seorang demi seorang penagih yang memasuki port tersebut dengan menyembunyikan suspek untuk menahan suspek seterusnya.
“Walaupun ada yang cuba meloloskan diri namun gagal kerana anggota kita sudah bersedia," katanya kepada pemberita, semalam.
Mohd Kamal berkata, hasil pemeriksaan lanjut, seorang daripada mereka disyaki pengedar selepas polis menemui tiga botol plastik berisi sejenis dadah bersamanya.
“Kita juga merampas sebuah motosikal jenis Honda selepas mendapati enjin dan nombor casisnya sudah dicanai.
"Kawasan semak itu dijadikan lokasi terbaru penagih dari Pasir Puteh dan Bachok untuk melepaskan gian selepas port sebelum ini diserbu polis," katanya.

Menurutnya, semua penagih dibawa ke IPD Pasir Puteh untuk ujian air kencing dan semuanya didapati positif dadah.
"Mereka ditahan reman untuk siasatan lanjut dan akan didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan 15(1) akta sama, manakala pemilik motosikal terbabit turut didakwa mengikut Seksyen 29 (1) di bawah Undang-undang Kesalahan Kecil," katanya.
Dalam pada itu, pihaknya berterima kasih kepada penduduk kampung yang segera menyalurkan maklumat berhubung kegiatan terbabit.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: