SLIM RIVER – Seramai 17 penumpang sebuah bas ekspres nyaris maut
apabila kenderaan yang dinaiki itu terjunam ke dalam gaung sedalam
hampir enam meter setelah terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta
di Kilometer 308.1 (arah Utara), Lebuh raya Utara Selatan (PLUS), di
sini, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, semua penumpang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju Ipoh sebelum bas berkenaan hilang kawalan ketika cuba mengelak sebuah kereta jenis Mazda yang terbabas.
Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Superintendan Sharul Othman Mansor berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta yang dalam perjalanan dari Selatan ke Utara itu hilang kawalan ketika cuba untuk memotong bas berkenaan.
Menurutnya, kegagalan cubaan memotong itu menyebabkan kereta melanggar besi pembahagi jalan sebelum berpusing beberapa kali di hadapan bas.
“Bas cuba untuk mengelak dari merempuh kereta itu, tetapi tidak berjaya menyebabkan kedua-dua kenderaan jatuh ke tebing lebuh raya.
“Buat masa ini, tiada kematian dilaporkan, semua penumpang selamat apabila hanya mengalami cedera ringan.
“Kesemua mereka dihantar ke Hospital Slim River untuk menerima rawatan lanjut, buat masa ini, semua mangsa termasuk pemandu bas dilaporkan stabil.
“Pemandu kereta dilaporkan parah dan patah tangan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Slim River, Md Zin Mohd Saaidin berkata, bomba yang menerima panggilan pada jam 5.33 petang bergegas ke lokasi, berjaya mengeluarkan lapan mangsa yang cedera.
Katanya, kebanyakan mangsa lain diselamatkan orang awam.
“Kita terpaksa melakukan kerja pembersihan di tempat kejadian berikutan tumpahan minyak berlaku semasa pelanggaran.
“Operasi menyelamat yang disertai tujuh anggota tamat pada jam 6.34 petang tadi,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: