PETALING JAYA: Pelakon Aaron Aziz mengakui tidak ambil kisah dengan pandangan terhadap nilai eksklusif keatas dirinya kerana kerap muncul di drama, filem mahupun iklan komersial.
Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz, 37, menganggap tawaran yang datang adalah rezeki dan tidak boleh dipersiakan, namun dia masih memilih produk yang benar-benar terbaik buat dirinya.
"Saya tidak pernah peduli tentang nilai eksklusif kerana bagi saya itu adalah hak dan pendangan masing-masing meletakkan nilai itu kepada seseorang artis.
"Bagi saya itu semua adalah rezeki dan apa yang penting ia mendapat maklum balas yang baik daripada orang ramai," katanya kepada mStar Online ketika ditemui di majlis pelancaran produk dan memperkenalkan jurucakap baharu produk kesihatan Nu-Prep di sini, Sabtu.
Aaron berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kekerapan wajahnya muncul di televisyen, filem dan iklan.
Pelakon berasal daripada Singapura ini menjadi jurucakap kepada empat produk selain Nu-Prep iaitu Drive7, Uberman, L'oreal dan debit kad Maybank Berhad.
Tambah Aaron, dia akan membuat kajian terlebih dahulu sebelum menerima sebarang tawaran produk terutamanya berkaitan kesihatan.
"Sebelum saya terima sesuatu produk, saya akan buat kajian terhadap latar belakang syarikat itu terlebih dahulu sama ada kukuh atau tidak.
"Kebiasaannya saya lebih senang dengan produk yang sudah ada di pasaran kerana lebih mudah untuk dicuba berbanding produk baru," katanya.
Sementara itu, bercerita tentang produk Nu-Prep, Aaron berkata, dia sudah menggunakan produk tersebut sejak sebulan lalu dan terbukti berkesan dan memberi tenaga yang lebih menyeluruh.
"Bagi produk Nu-Prep ini ketika mereka menawarkan untuk menjadi jurucakap, saya pergi ke kedai dan tanya pendapat orang ramai yang pernah mencubanya.
"Maklum balas sangat baik dan produk ini merupakan produk yang popular dan dicari," katanya.
Turut hadir pada majlis tersebut Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Biotropics, Tengku Shahir Tengku Adnan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: