|
WANITA dan kecantikan tidak boleh dipisahkan. Malah, untuk tampil bergaya, golongan Hawa ini sanggup mengeluarkan belanja yang tinggi untuk mendapatkan koleksi beg tangan atau kasut berjenama di pasaran.
Mereka juga tidak kisah untuk mengikat perut asalkan barang yang diimpikan dapat dimiliki. Bagi anda yang masih mencari-cari koleksi pilihan sempena Syawal, himpunan tas tangan, sepatu dan aksesori Alfio Raldo menjanjikan yang terbaik buat si pemakainya.
Konsep terbaharu label fesyen terkenal ini dapat menterjemah gaya kontemporari dan moden dengan elemen sofistikated.
Koleksi tas tangan dan kasut ini dengan gaya metropolitan menjadi pilihan gaya hidup masa kini. Meskipun kelihatan ranggi dengan warna-warna berani, namun ianya mengekalkan ciri-ciri feminin.
|
Nafas segar
Selain itu, Alfio Raldo menyuntik nafas segar pada koleksi kali ini dengan elemen alam bertemakan flora dan fauna. Corak burung merak serta bunga melatari tas tangan bimbit yang juga boleh digayakan dengan tali panjang.
Pengarah Urusan Ixora Coporation Sdn. Bhd., Jordan Ling berkata, bertepatan dengan Aidilfitri, Alfio Raldo mahu memeriahkan sambutan perayaan itu dengan rekaan terbaharu yang lebih berwarna-warni, selesa dipakai dan berpatutan harganya.
“Sesuai dengan tagline Alfio Raldo - The Italian Elegance, kami terpanggil untuk menjadikan wanita di Malaysia tampil bergaya dan anggun. Malah, mereka juga tidak perlu berbelanja lebih untuk mendapatkan jenama mewah di pasaran kerana koleksi kami memenuhi cita rasa fesyen terkini,” ujar beliau.
Tambah Jordan, penampilan seseorang wanita itu tidak sempurna tanpa tas tangan yang elegan kerana ia saling melengkapi antara satu sama lain.
“Koleksi Alfio Raldo terbukti mempunyai rekaan terbaik. Menggunakan material yang berkualiti tinggi dan terkini, jenama kami mampu mengungkap peribadi si pemakai dengan tema warna yang dikeluarkan.
“Kombinasi warna-warna ceria dan terang seperti merah, kuning, hijau, jingga dan biru menjadikan koleksi beg tangan serta kasut idaman ramai wanita. Padanan warna kontra bukan lagi sesuatu yang janggal, sebaliknya menjadi trend semasa,” ujarnya lebih lanjut.
Apa yang pasti, koleksi terbaru daripada Katalog 2013: Volume II ini boleh disuai padan dengan aktiviti harian. Ia boleh digayakan dalam pelbagai acara sama ada formal mahu pun santai pada malam hari.
Koleksi ini boleh didapati di butik Alfio Raldo di seluruh negara termasuk Sabah, Sarawak dan Brunei. Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.alfioraldo.com.my atau laman sosial facebook.com/AlfioRaldo-TheItalian Elegance.
hari ini cinta setiap wanita untuk membawa tas dan sekarang tas dalam fashion dan semua cinta wanita untuk membawa tas yang sesuai dengan gaun mereka dan jika Anda ingin membeli tas maka saya tahu tentang situs dari mana Anda dapat dengan mudah mendapatkan memohon ... . Klik Disini
ReplyDelete