PELAKON popular tahun 1980-an, Rosnah Mohd Noor meninggal dunia pada pukul 2.55 petang tadi di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Beita itu dimaklumkan rakan Allahyarhamah, Zaridah Ishak.
"Rosnah sudah pun meninggal dunia pada pukul 2.55 petang tadi. Dan
kini saya bersama keluarganya sibuk menguruskan jenazah. Buat masa ini
kami belum pasti lokasi pengebumiannya.
"Kami sedang berbincang," katanya lapor mStar Online.
Terdahulu, mStar Online pada 27 Februari lalu pernah melaporkan Rosnah
dimasukkan ke HKL apabila tulang pada bahagian paha kirinya patah
akibat kesan komplikasi pelbagai penyakit termasuk kanser payudara yang
dihadapinya sebelum ini.
Allahyarhamah sering mendapatkan rawatan di HKL akibat penyakitnya itu.
Sepanjang penglibatannya dalam dunia seni, Rosnah telah berlakon
beberapa buah filem antaranya Hantu Siang (1986), Di Ambang Kasih
(1984), Aku Yang Berhormat (1983), Esok Untuk Siapa (1982) dan Ribut Di
Hujung Senja (1982).
Hasil perkahwinannya dengan penyanyi dangdut Iwan, beliau dikurniakan
tiga orang anak iaitu Wan Ramada Agus Putra, 24, Wan Shamira Puteri
Octavia, 22, dan Wan Shahera Puteri Apreena, 20.
Wan Ramada sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang seni bina di
Australia manakala anak bongsunya pula belajar di sebuah kolej swasta
Kuala Lumpur.
Rosnah turut memiliki seorang cucu yang berusia setahun hasil perkahwinan anak keduanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: