Sunday, August 11, 2013

Pinjam RM85,000 untuk kahwin


PENYELESAIAN bagi sesetengah pasangan muda yang mahu berkahwin tetapi kos mahal ialah membuat pinjaman bank. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Banyak pasangan pengantin baharu pada masa kini terpaksa membuat pinjaman peribadi daripada bank semata-mata untuk membiayai kos perkahwinan yang terlalu tinggi.
Pinjaman peribadi itu dibuat bagi membolehkan mereka menanggung beban perbelanjaan kahwin meliputi bayaran mas kahwin, wang hantaran dan kos perbelanjaan kenduri seperti katering, pelamin, dewan, pakaian pengantin serta khidmat jurufoto.
Bagi pasangan Harun dan Hamidah, masing-masing berusia 25 tahun dari Shah Alam, Selangor, mereka mengakui turut terjebak dalam belenggu pinjaman peribadi demi menempuh gerbang perkahwinan.
Menurut Harun, dia terpaksa membuat pinjaman peribadi sebanyak RM85,000 daripada bank untuk berkahwin pada awal tahun lalu.
“Saya nekad buat pinjaman sebesar itu selepas membuat kiraan mas kahwin, wang hantaran, kos majlis perkahwinan dan banyak lagi yang mencecah lebih RM60,000,” ujarnya ketika ditemui di rumah mereka.
Jelas Harun, dia terpaksa membuat pinjaman sebanyak itu kerana tidak mempunyai tabungan lantaran berkahwin pada usia yang muda dan baru tamat pengajian di universiti.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: