Monday, August 5, 2013

Kes bunuh pengasas bank boleh selesai tanpa maklumat anak mangsa



IMEJ lelaki dipercayai terlibat dalam pembunuhan pengasas bank dirakam CCTV di tokong Cina di Lorong Ceylon, Bukit Bintang yang diburu polis.


KUALA LUMPUR – Polis yakin dapat menyelesaikan kes tembak mati pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysia, Hussain Ahmad Najadi walaupun anaknya enggan pulang ke Malaysia.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, siasatan berjalan lancar berikutan pihak polis mendapatkan sumber maklumat lain dan hasil laporan perisikan.
“Tidak perlu bagi kami menghantar pegawai ke Rusia untuk bertemu anak Hussain dan mengumpul bukti daripadanya. Kami mempunyai pegawai yang berpengalaman dan boleh mengendali kes ini secara cekap,” kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: