Siti
tidak melihat kemuncalannya dalam banyak program sempena Syawal pada
tahun ini sebagai keterlaluan sebaliknya bagi memenuhi permintaan
produksi dan peminat. Siti, 34, berkata, dia hanya menyertai sebuah program sahaja untuk setiap stesen televisyen selain terpaksa menolak banyak tawaran lain kerana sibuk dengan proses rakaman album terbaharunya.
"Wajah saya nampak banyak muncul pada Hari Raya tahun ini mungkin kerana ada stesen TV yang mengulang tayang program yang pernah saya buat sebelum ini.
Siti Nurhaliza beramah mesra dengan tetamu yang hadir pada rumah terbukanya di Bukit Antarabangsa pada Ahad.Siti ditemui pada majlis rumah terbukanya di Bukit Antarabangsa di sini, Ahad.
Dalam pada itu, Siti berkata, selain sibuk merakamkan album terbaharunya, dia juga sedang rancak mengadakan persiapan untuk konsert tradisional sulungnya di Panggung Sari, Istana Budaya yang akan diadakan pada 20 hingga 22 September depan.
Siti bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa."Ramai peminat yang bertanya tentang konsert tradisional dan akhirnya ia bakal terlaksana dan persiapan sedang dilakukan," jelasnya.
Sementara itu, Siti berkata, rumah terbuka yang diadakannya adalah untuk meraikan para pekerjanya di SimplySiti selain turut menjemput rakan niaga, sahabat dan keluarga terdekat.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: