Black HanifahBlack atau Hanifah Md Hanafiah, 26, berkata pemilihan tarikh pernikahan tersebut adalah bagi mengambil keberkatan hari Jumaat.
"Tiada apa-apa makna dengan 13 September tersebut cuma saya memilih hari Jumaat supaya ia lebih afdal.
"Insya-Allah majlis tersebut akan berlangsung sebelum solat Zuhur," ujarnya pada sidang media pengumuman tarikh perkahwinan itu di sini pada Selasa.
Black bersama tunangnya Naquia Yasirah.Sementara itu, majlis resepsi persandingan kedua-dua mempelai pula akan diadakan selama dua hari berturut-turut iaitu sehari selepas nikah (14 September) untuk keluarga dan rakan-rakan artis di lokasi yang sama manakala pada 15 September pula di Padang Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Kerinchi untuk peminat.
Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 26 Januari lalu.
Dalam pada itu, mengulas tentang bakal isterinya, Black berkata, wanita tersebut menerima dirinya sebagai seorang artis.
Black (tengah) bergambar bersama ibunya Musalmah dan bapanya, Md Hanafiah."Walaupun perkenalan kami singkat namun dia memahami dan tidak kisah tentang status saya ini," jelasnya.
Sementara itu, ditanya tentang debaran bakal bergelar suami, Black berkata dia sudah bersedia memikul tanggungjawab tersebut.
"Saya sudah membaca buku tentang perkahwinan dan tanggungjawab yang bakal saya pikul sebagai suami," katanya.
Dalam majlis tersebut juga, Black turut mengumumkan penjenamaan semua namanya daripada Black kepada Black Hanifah.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: