Wednesday, August 7, 2013

Aidilfitri di Mesir hambar


SEBAHAGIAN pelajar Malaysia menyertai rakaman takbir raya anjuran Persatuan Melayu Arab Mesir untuk disiarkan di laman YouTube di Kaherah, Mesir kelmarin.


KUALA LUMPUR – Konflik yang melanda di Mesir ketika ini tidak menghalang persiapan kira-kira 6,000 pelajar Malaysia untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri di negara itu yang dijangka disambut esok.
Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir, Abdul Aziz Ali berkata, kekacauan di negara itu bagaimanapun semakin reda dan keadaan itu memberi peluang kepada pelajar Malaysia dan rakyat negara itu sendiri membuat persiapan menyambut kedatangan 1 Syawal.
“Bagaimanapun, sambutan Aidilfitri di sini (Mesir) pada tahun ini sangat hambar kerana ramai rakan-rakan yang membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia sejak tercetus krisis politik di sini,” kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: