Sunday, July 15, 2012

Wira sukan aneh

BERANI... tidak ramai yang mampu melakukan aksi seperti Professor Splash yang mencatat rekod baru di Changzhou China.
BERANI... tidak ramai yang mampu melakukan aksi seperti Professor Splash yang mencatat rekod baru di Changzhou China.

MENJELANG Sukan Olimpik yang akan bermula beberapa hari lagi di London, tidak hairanlah “demam sukan” kini melanda seluruh dunia.

Badan yang mengiktiraf catatan rekod dunia, Guinness World Records, kini menyenaraikan “wira” bidang sukan yang melakar nama masing-masing dalam cara tersendiri.

  • Foto

    TAK SAKIT... Thomas Blackthorne melakar namanya sebagai pemegang rekod mengangkat barang paling berat menggunakan lidah.

  • Foto

    GANAS... Natasha Veruschka diiktiraf kerana menelan beberapa bilah pedang serentak.

  • Foto

    HEBAT... bagi rekod melepaskan anak panah paling jauh menggunakan kaki, ia dimiliki Claudia Gomez.

  • Foto

    PELIK... aksi seekor ikan menunjukkan kemahiran melepas gelung getah.

  • Foto

    PANCUT SUSU... lelaki Turki, Ilker Yilmaz, mencatat namanya kerana mampu memancutkan susu dari matanya.

  • Foto

    MACAM-MACAM... Christopher Irmcher mencatat larian berpagar menggunakan kasut renang apabila menamatkan larian 100 meter dengan kepantasan 14.82 saat.

  • Foto

    BADANG MODEN... Kevin Fast mendapat tempat dalam senarai Guinness kerana menarik kenderaan paling berat sejauh 30.48 meter.

  • Foto

    PANTAS... Kenichi menunjukkan sijil pengiktirafan atas kemampuannya berlari menggunakan kaki dan tangan.

  • Foto

    LASAK... Vittorio Innocente menjadi pengayuh basikal dalam air paling dalam dengan rekod diciptanya pada 2008 di Akuarium London.

Sesetengah daripada mereka menyebabkan anda kehairanan, manakala sebahagian yang lain mendorong anda amat kagum.

Beberapa tokoh pula boleh membuat anda berasa agak loya.


Atlet unik ini membawa definisi “pemecah rekod” ke tahap baru melalui senarai terkini yang dikeluarkan dalam e-buku Guinness World Records berjudul Totally Bonkers Sporting Champions.


Buku itu boleh dibaca dalam iPad, Nook dan Kindle.

Antara pencipta rekod yang ada dalam terbitan itu ialah Veronica Torr dari New Zealand yang melakar nama sebagai pelari berpagar 100 meter paling pantas menggunakan kasut renang.

Dia mencatat masa 18.52 saat.

Sementara itu, Kenichi Ito dari Jepun diiktiraf sebagai pelari 100 meter terpantas menggunakan kedua-dua kaki dan tangannya.

Kenichi mencatat masa 18.58 saat.

Semua orang tahu bahawa pelari pecut Jamaica, Usain Bolt, adalah manusia terpantas yang berlari dengan kedua-dua kakinya apabila mencatat masa 9.58 saat untuk 100 meter.

Namun, bagaimana agaknya jika dia berlari dengan tangan dan kaki?

Pada November 2008, Kenichi membuktikan dia juga mempunyai kemampuan luar biasa walaupun berlari secara tidak normal.

Dengan menggunakan kaki dan tangannya, Kenichi mencatat masa hanya sembilan saat lebih lambat berbanding Bolt.

Mengaku “pengagum tegar monyet,” Kenichi, 29, menghabiskan masa bertahun-tahun mencuba pelbagai kaedah larian berdasarkan gerakan monyet patas yang hidup di Afrika Barat sebelum dia dapat mencipta kepantasan luar biasa itu.

Bagi Tom Daley, dia mungkin seorang penerjun yang hebat, tetapi bagaimana dia menggunakan kemahirannya di air hanya sedalam 30 sentimeter?

Darren Taylor - juga dikenali sebagai Professor Splash - memiliki pengalaman selama 25 tahun membuat “terjunan air cetek.”

Pada November 2011, lelaki berusia 50 tahun dari Colorado, AS itu memecahkan rekodnya sendiri dengan melakukan terjunan cetek tertinggi.

Dia membuat lompatan dari ketinggian 11.20 meter ke dalam takungan air yang hanya sedalam 30 sentimeter.

Mengenai aksinya itu, Taylor berkata, dia memang menyakitkan tetapi perasaan itu lenyap selepas hanya seketika.

“Sedangkan kemegahan daripada aksi itu akan kekal sepanjang hayat,” katanya.

Bagi atlet angkat berat, mereka mungkin boleh mendapat inspirasi daripada John Evans, 64, yang mempertahankan rekodnya selama 14 tahun.

Evan adalah pemegang rekod bagi aksi mengimbangi kereta paling berat menggunakan kepala.

Pada Mei 1999, lelaki dari Derbyshire itu menanggung kereta Mini Cooper seberat 159.6 kilogram di atas kepalanya selama setengah minit.

Ketua Pengarang Guinness World Records, Craig Glenday, berkata semua pencipta rekod itu adalah atlet profesional.

“Tetapi bagaimana dengan yang lain? Penembak kacang dan penggusti kaki, misalnya?” katanya.

Glenday berkata, pelaku aksi luar biasa itu mempunyai minat mendalam dan wajar diberi penghargaan.

“Nasib baik ada Guinness World Records yang mengiktiraf wira yang tidak didendangkan itu,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: