Sunday, July 15, 2012

Wings masuk KRU

DARI kiri: Black, Eddie, Awie dan Joe kini berpayungkan label KRU.


LEPAS belek-belek Facebook, Diva banyak kali ternampak kelibat Awie yang tengah merempit dengan motosikal besar. Rupa-rupanya Awie sibuk buat filem, sampai ke Krabi, Thailand perginya.

Sibuk-sibuk buat filem, Wings tetap di hati Awie. Lepas keluar cerita katanya Wings dan Search akan bergabung untuk sebuah lagi konsert di Singapura, Diva ada dengar satu cerita baharu pasal kumpulan yang dianggotai empat ahli tegar, Joe, Eddie, Black dan Awie itu.

Memanglah Wings ada banyak lagu tapi selepas Naga Kramat tahun 2002, lama benar rasanya kumpulan Wings tak keluar dengan album baharu. Setiap kali ditanya pasal material baharu, Wings selalu cakap tengah cari lirik dan melodi yang sesuai. Jadi, tahun ini misi Wings ke arah itu semakin menampakkan jalan apabila mereka bersatu untuk bergabung dengan tiga beradik rap, KRU.

Mula-mula dengar, Diva terkejut juga. Manalah tahu bila bersatu dengan KRU, Wings nak buat rentak rap ala-ala KRU pula, tapi Wings sebenarnya baru bergelar artis naungan KRU. Bawah pakatan baharu itu, KRU akan jadi penerbit untuk Wings dalam penerbitan album baharu mereka.

Diva tak sabar nak dengar, kalau-kalau album baharu Wings itu ada unsur-unsur KRU jugak, tapi harap-harapnya tidaklah ya!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: