Saturday, July 14, 2012

Tinggal kenangan

WALAUPUN telah hangus dijilat api, namun orang ramai masih mengunjungi bangunan Sheikh Abdul Qadir Jeelani yang terbakar pada pertempuran yang berlaku antara penunjuk perasaan dan pasukan kerajaan anti-India di bandar utama di Kashmir, baru-baru ini.

Seorang lelaki kelihatan memerhatikan baki helaian kain yang terselamat semasa bangunan yang berusia lebih 200 tahun itu terbakar.

Bangunan yang dikenali Ghaus-e-Azam atau Dastgeer Sahab itu merupakan bangunan bersejarah dan penting bagi umat Islam di negara itu sebagai tugu memperingati ulama terkemuka Sheikh Abdul Qadir Jeelani yang dikebumikan di Baghdad.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: