Wednesday, July 25, 2012

Serlah keperibadian dengan popmycase

Antara sarung telefon pintar yang boleh dipilih.

MUAK dengan warna iPhone, iPad, Blackberry atau telefon pintar Samsung yang pudar, gelap dan tidak menarik langsung.

Apa kata cuba klik pada laman web rasmi www.popmycase.com untuk meninjau sarung telefon pintar yang dapat menyerlahkan keperibadian anda.

Popmycase adalah syarikat Asia pertama yang mengkhususkan rekaan dan pengubahsuaian sarung telefon pintar dan tablet.

Apa yang lebih menarik, pengguna boleh mereka sendiri sarung gajet dengan memuat turun gambar kegemaran dari komputer, tablet, Facebook atau Instagram ke www.popmycase.com.

Aplikasi dalam laman web berkenaan memberikan pengguna kebebasan untuk menukar saiz imej, mengubah kedudukan, menambah warna serta meletakkan ayat menceriakan untuk rekaan sarung telefon pintar mereka.

Pengarah Urusan Kumpulan Pop My Berry, Josafri Johari berkata, pihaknya melabur dalam teknologi yang membolehkan rekaan sarung telefon pintar dicetak mengikut saiz telefon pintar pengguna.

"Sarung telefon pintar yang dikeluarkan oleh popmycase bukan daripada plastik biasa tetapi Lexan iaitu jenama resin polikarbonat yang tahan lasak, ringan, fleksibel dan memberikan perlindungan pada gajet," katanya pada majlis pelancaran popmycase di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Malah Lexan pernah digunakan oleh NASA dan menjadi bahan binaan untuk jentera Formula One.

Selain itu bagi menjaga kualiti, popmycase menggunakan teknologi percetakan 'ink-embedded process'.

Tekanan dan haba ketuhar akan mencetak rekaan dengan cara meresap terus ke dalam permukaan sarung telefon pintar bagi menghasilkan rekaan dengan imej sangat jelas dan tidak mudah pudar.

Josafri berkata, lebih eksklusif lagi popmycase menyediakan platform bagi artis dan karyawan untuk mengembangkan bakat mereka.

"Kini peminat Amy Search, Bunkface, Nini Marini, Orkibal, Spoonman, Sheiko, Kukubesi, TheSuperSunday dan Art:Tech boleh meletakkan hasil seni artis mereka bagi menghiasi sarung telefon pintar," katanya.

Josafri berkata, pihaknya akan menambah bilangan artis jika sambutan yang diterima daripada pengguna cukup menggalakkan.

"Setakat ini popmyberry menawarkan pelbagai pilihan corak dan rekaan sarung telefon pintar.

"Kami memahami kehendak mereka yang mahukan sesuatu yang baru, unik dan inovatif dengan meletakkan hasil kreatif artis dalam rekaan yang lain daripada lain," katanya.

Josafri berkata, pengubahsuaian sarung telefon pintar semudah 1 - 2 - 3.

"Mereka hanya perlu ke laman web www.popmycase.com, pilih model telefon kemudian muat turun imej daripada komputer atau pilih hasil seni artis.

"Imej perlu diubah suai di atas kanvas kosong yang menyerupai ukuran sebenar bahagian belakang model telefon yang dipilih.

"Setelah puas hati, pelanggan boleh terus menempah sarung telefon pintar yang akan dihantar ke alamat pelanggan," katanya.

Pesanan akan sampai ke alamat pengguna dalam masa dua hingga tiga hari bekerja bagi pesanan dalam negara sementara bagi pesanan luar negara mengambil masa lima hingga tujuh hari bekerja.

Sarung prarekaan boleh didapati dengan harga bermula RM98 manakala sarung pengubahsuaian pula dengan harga bermula RM128.

Sementara itu, penyanyi Amy Search berkata, sambutan yang diterima mengenai sarung telefon pintar dengan gambarnya amat menggalakkan.

"Ramai yang bertanya di mana boleh mendapatkan sarung telefon pintar seperti itu," katanya.

Pelukis, Nini Marini pula menyifatkan ini langkah yang baik kerana ramai tidak dapat mencapai hasil seni dengan mudah.

Pelukis dan ilustrator, Muid Latif turut melihat popmycase platform terbaik bagi artis meletakkan hasil karya mereka untuk tatapan orang ramai.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: