TUGAS memilih kasut yang ideal memerlukan tahap ketelitian, ujian dan rujukan dengan pakar fesyen kasut yang lain.
Apa pun tidak kira sama ada lelaki mahupun wanita, mereka kini lebih arif tentang beberapa elemen tanpa kompromi yang menjadikan sepasang kasut itu dianggap sempurna.
Jika lambang kesempurnaan kasut idaman ialah gabungan keselesaan, gaya dan fungsi, maka pencarian berakhir dengan Koleksi Musim Luruh/Sejuk Scholl 2012.
Sejak sekian lama sememangnya Scholl telah membawakan gaya unggul dan keselesaan yang tiada tandingan.
Generasi yang berbeza, daripada ibu bapa kepada anak-anak, pasti menemui sesuatu yang mereka idamkan di antara pelbagai stail yang ditawarkan dalam rangkaian terbaru ini.
Koleksi ini dilancarkan secara besar-besaran dan berperingkat bermula Julai hingga Disember ini.
Sebagai contoh, Julai menyaksikan pengenalan rangkaian Scholl Dania yang terdiri daripada tiga reka bentuk sandal berlainan jenis untuk memenuhi cita rasa wanita.
Sandal ini memberikan sokongan dan keselesaan yang memuaskan pada lengkungan tapak kaki sepanjang hari.
Ia boleh didapati dalam warna alam semulajadi coklat dan oren pekat, serta juga warna asas seperti hitam, kuning cair dan merah yang mudah dipadankan dengan apa jua pakaian.
Bagi mereka yang ingin menambah ketinggian, dapatkan kasut daripada rangkaian Scholl's Destinee bertumit baji.
Koleksi Destinee, seperti juga Dania, mempunyai rekaan unik tumit terbuka yang dipakai secara menyangkut atau menyarung .
Menariknya ia boleh didapati dalam warna musim luruh yang menawan - kuning mustard, wain dan gangsa serta hitam dan putih.
Selain itu, pengguna juga mendapat lebih pilihan dengan pelancaran rangkaian Bio Mechanics Scholl, yang terdiri daripada selipar dengan pelapik kaki Bio Mechanics yang selesa.
Pelapik kaki ini direka secara klinikal untuk membantu meluruskan semula posisi kaki, justeru itu melegakan masalah kaki yang lazim.
Apa yang pasti wanita pasti tertarik dengan pelbagai corak berilhamkan bunga-bungaan warna emas, perak dan piuter, sementara golongan lelaki akan menampilkan gaya corak selipar tahan lasak dalam warna coklat dan hitam.
Mengenalpasti gaya hidup golongan lelaki yang sentiasa aktif, Scholl mempersembahkan siri Darron yang direka dengan tumpuan terhadap gabungan ideal stail, personaliti dan keselesaan.
Kasut bercirikan gaya sukan ini didapati dalam warna biru, khaki dan coklat gelap.
Kasut ini juga didapati dalam reka bentuk high cut yang sesuai untuk mereka yang sentiasa aktif.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: