Thursday, July 12, 2012

Bidai refleksi identiti

Dari kiri, Mohamed Ibnu Firdaus, Rozita Meor Badri dan Kang Youngnim di hadapan premis Blind News di Mid Valley, Kuala Lumpur.

BIDAI merupakan hiasan dalaman yang menjadi kelaziman bagi penduduk di negara empat musim, namun kurang popular di negara ini yang masyarakatnya lebih memilih tirai atau langsir bagi menghiasi kediaman.

Sebenarnya, dengan sedikit kreativiti bidai boleh digabungkan dengan langsir pada bahagian tingkap yang sesuai.

Apatah lagi di pasaran sekarang ini terdapat banyak pilihan dengan corak serta rekaan lebih moden berbanding bidai konvensional yang nampak suram dan membosankan.

Terbaru Blind News, pakar bidai dari Korea membawakan corak terkini untuk mereka yang mahu menukar konsep kediaman kepada lebih moden dan ringkas.

Pengurus Interior News Sdn. Bhd., Kang Youngnim, 46, berkata, penggunaan bidai sama ada di rumah mahupun pejabat semakin mendapat tempat kerana faktor keberkesanan dan fleksibeliti pemakaiannya.

"Tidak seperti langsir, jumlah cahaya yang masuk melalui tingkap boleh dikawal menggunakan bidai.

"Begitu pun saya akui masih ramai yang teragak-agak untuk menggunakan bidai kerana tidak yakin ia mampu menyerikan kediaman.

"Sebelum meneroka pasaran Malaysia saya terlebih dahulu membuat sedikit kajian. Memang pemakaian bidai dari jenis kain tidak banyak begitu pun ia tidak jadi halangan untuk saya berusaha mempopularkannya di sini," katanya yang ditemui di kedai pamerannya yang terletak di Mid Valley, Kuala Lumpur.

Menurut Kang, dengan adanya kilang pembuatan bidai yang terletak di Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur, Blind News menjual bidai berkualiti dari Korea Selatan dengan harga yang murah.

"Dengan RM14 sekaki anda akan mendapat bidai dengan corak eksklusif.

"Terdapat banyak corak boleh dipilih. Bayangkan dengan harga tidak sampai RM200 anda sudah boleh bergaya dengan bidai baru.

Menurut Kang, pengurus Blind News, Mohamed Ibnu Firdaus yang sudah terlatih dengan pemilihan serta saiz bidai akan memberikan tunjuk ajar kepada pelanggan yang berminat untuk memasang bidai di kediaman mereka.

Selain Mohamed Ibnu Firdaus, rakan kongsi Kang, Datin Rozita Meor Badri juga mempunyai kemahiran memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada pelanggan yang berhajat memasang bidai terutama pada musim hari raya nanti.

"Biasanya untuk untuk satu pangsapuri, bidai yang diperlukan lingkungan RM500 ke RM600 sahaja," ujar Kang yang telah empat tahun menetap di Malaysia.

Menariknya, di Blind News pelanggan boleh menempah corak bidai yang disukai termasuk jika ingin meletakkan gambar yang disukai.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: