DEK lambakan muka baru, kehadiran pelakon, Ryzal Jaafar sejak lapan tahun lalu, mungkin tidak disedari secara umum.
Namanya tidak begitu mendapat perhatian pihak produksi untuk menghiasi kaca televisyen seperti sebilangan artis lain.
Tidak memandang perkara ini sebagai penghalang, ternyata Ryzal atau nama sebenarnya, Mohd Shahrizal Jaafar mempunyai percaturan sendiri untuk terus maju.
Optimis dalam menceburi bidang lain, Ryzal bakal membuka perniagaan pakaian, bersesuaian dengan fesyen terkini.
"Sempena bulan Ramadan ini, saya akan menjual koleksi baju Melayu.
"Untuk permulaan, saya akan menjual secara online dahulu. Jika mendapat sambutan menggalakkan, barulah saya akan fi kir untuk mengembangkan perniagaan ini. Tapi, semua itu bergantung kepada jadual kerja saya.
"Saya juga turut belajar mengenai selok-belok perniagaan dari keluarga kerana mereka mempunyai perusahaan homestay dan menjual bantal kekabu di Alor Setar," katanya yang berbangga dengan kejayaan kumpulan adik-beradik, KRU dalam perniagaan.
Dalam perkembangan lain, lakonannya dapat disaksikan dalam drama bersiri slot Zehra, Naziha, di TV3, bersama Izara Aishah dan Ery Putra.
Selain itu, dia kini sedang sibuk dengan penggambaran drama Sejadah Dari Mekah dan Hantu Susu yang akan disiarkan pada Aidilfitri nanti.
Thursday, July 19, 2012
Ryzal Jaafar tampil dengan koleksi baju Melayu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: