Tuesday, July 3, 2012

Nor Ainna mencari masa berkualiti

RUMAH saya tidak cantik, biasa-biasa saja. Malu saya nak jemput wartawan ke sini," ujar pengasas Butik Mama, Nor Ainna Ibrahim merendah diri.

Bermula sebagai pengurus akaun sebuah bank, Nor Ainna mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan memberi fokus pada perniagaan.

"Saya memulakan perniagaan secara kecil-kecilan bermodalkan RM325 yang saya kumpul daripada lebihan gaji. Suami sayalah yang membantu dengan mewujudkan perniagaan online Butik Mama pada 2009," katanya.

Daripada sebuah perniagaan yang kecil, Butik Mama telah berkembang maju berkat kesungguhan pengasasnya, Nor Ainna.

Menurut Nor Ainna, syarikat menjadi pengedar jubah likra terbesar di Malaysia dengan menawarkan pelbagai rekaan jubah muslimah yang menepati cita rasa pelbagai golongan.

Menariknya, Nor Ainna dan suami, Azman Mohd. Salleh tidak membuat pinjaman bank untuk modal perniagaan.

Namun kesefahaman pasangan ini berjaya mengembangkan perniagaan dan mewujudkan rakan niaga outlet di seluruh negara termasuk Brunei dan Singapura.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: