|
|
AISKRIM sering digambarkan sebagai makanan yang tidak sihat serta menggemukkan.
Bagaimanapun, penyelidikan oleh Majlis Tenusu Kebangsaan Amerika Syarikat mendapati makanan kegemaran kanak-kanak itu sebenarnya mampu membuatkan seseorang berasa kenyang lebih lama.
Malah, aiskrim seberat 75 gram cuma mengandungi 110 kalori berbanding 510 kalori yang terdapat dalam kek keju dengan berat yang sama.
Selain itu, aiskrim yang diperbuat daripada susu lembu kaya dengan vitamin A, vitamin B12, vitamin D dan vitamin K.
Ada juga dakwaan mengatakan, ia berpotensi menurunkan risiko penyakit jantung dan darah tinggi. Begitupun, lebih baik ia diambil dalam jumlah yang sederhana dan tidak berlebihan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: