PETALING JAYA – Beberapa gadis pelayan pelanggan (GRO) yang leka memberi layanan mesra kepada beberapa pelanggan di sebuah pusat hiburan di Seksyen 16 dekat sini tersentak selepas premis itu diserbu pasukan Cawangan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, malam kelmarin.
Hasil serbuan itu, seramai 14 wanita warga asing berusia 20 hingga 36 tahun masing-masing dari Thailand (14) dan seorang Indonesia ditahan selepas pemeriksaan mendapati mereka masuk dan bekerja di negara ini menggunakan pas lawatan sosial.
Melalui pemeriksaan yang dijalankan juga, seorang daripada wanita warga Thailand memberi alasan bahawa dia masuk ke negara ini untuk berseronok bukannya bekerja.
Ketua operasi, Asisten Superintendan Mohd Nazri Daud berkata, siasatan awal mendapati wanita warga Thailand itu bekerja di Jerman tetapi ke Malaysia untuk bekerja sebagai GRO.
“Mereka bekerja sebagai GRO di kelab ini kerana memperoleh pendapatan lumayan kerana kelab ini hanya dihadiri dalam kalangan VIP dan ahli perniagaan,” katanya.
Menurutnya, seorang lelaki Cina tempatan turut ditahan selepas mengaku semua wanita terbabit bekerja di kelab berkenaan.
Ke semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 39 (b) Peraturan Imigresen 1963 iaitu kesalahan menyalahgunakan pas lawatan sosial dan Seksyen 55(b) Akta Imigresen 1963 iaitu kesalahan mengambil atau menggaji warga asing yang tidak memiliki pas yang sah.
Sunday, July 15, 2012
Kelab dihadiri VIP, ahli perniagaan diserbu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: