Tuesday, July 17, 2012

Kari kepala ikan PNB Darby Park


PEMANGKU Pengurus Besar PNB Darby Park, Taha Zainal menunjukkan lima juadah istimewa sempena iftar Ramadan.


SABAN tahun keenakan kari kepala ikan di The 39 Restaurant PNB Darby Park Executive Suites, Kuala Lumpur menjadi bualan hangat. Sempena Ramadan kali ini, menu kegemaran ramai itu sekali lagi dipilih sebagai tarikan utama.

Gabungan kari kepala ikan bersama roti benggali mampu memberi pengalaman berbuka puasa yang menakjubkan sekali gus membuka selera bagi mencuba juadah lain.

Lebih 100 hidangan ditawarkan termasuklah lasagna serunding ayam, sambal belimbing dan siakap tiga rasa.

Pencuci mulut seperti pengat pisang, bubur pulut hitam dan deretan pastri Perancis yang menyelerakan turut melengkapkan iftar.

Selain The 39, 10Binjai merupakan salah satu restoran di PNB Darby Park turut menawarkan sajian ramadan tersendiri. Kombinasi masakan Melayu tradisional, Barat dan Asia Barat menjadi taruhan.

Sup gear box, nasi arab bersama shawarma, kambing, rusa dan daging panggang cukup untuk mengisi perut selepas seharian berpuasa.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: