|
|
SEDAR atau tidak semoden mana sekalipun trend, fesyen yang berkembang di seantero dunia, golongan jejaka masih setia pada pemakaian seluar jean. Ia disifatkan sebagai salah satu item fesyen yang membantu menyuntik kepelbagaian corak penampilan si pemakai.
Daripada gaya ranggi, santai, kasual sehinggalah stail semi formal, semuanya dapat diaplikasikan dengan bantuan sepasang seluar jean yang dipadankan bersama pelengkap gaya pilihan.
Memahami sifat segolongan jejaka yang lasak dan aktif tetapi mahu tampil segak serta kemas, jenama Levi’s memperkenalkan Go Forth siri kedua yang menampilkan seluar jean terbaharu, This Is a Pair of Levi’s.
Levi’s ialah jenama denim asli yang direka oleh tukang jahit Jacob Davis bersama Levi Strauss pada tahun 1873 untuk seorang pemotong kayu. Pada asalnya, rekaan yang diterapkan pada seluar jean berkenaan adalah untuk menampung perut si pemotong kayu yang besar.
Keunikan Levi’s
Pertunjukan fesyen Go Forth yang diadakan di dewan Zebra Square, Kuala Lumpur pada minggu lalu berlangsung dalam suasana yang cukup meriah. Sebaik saja lampu dipadamkan mata para hadirin tertumpu pada sebuah skrin besar yang memaparkan video ringkas mengenai keunikan dan keistimewaan seluar jean Levi’s koleksi This Is a Pair of Levi’s.
Kali ini, Levi’s memilih untuk menghasilkan koleksi seluar jean berpotongan ringkas dan hasil kerja tangan yang halus. Koleksi terbaharu itu menggabungkan elemen pertukangan, kejujuran dan daya tarikan keunikan yang tersendiri.
This Is a Pair of Levi’s menampilkan empat koleksi iaitu 511 Slim Taper, 520 Extreme Taper, 508 Regular Taper dan 562 Loose Taper yang diperbuat daripada material berkualiti dan bersesuaian dengan cuaca di Malaysia yang panas lembap.
Menariknya mengenai seluar jean This Is a Pair of Levi’s tersebut ialah ia ideal digayakan oleh golongan jejaka daripada pelbagai kategori seperti pencinta fesyen, pelajar dan pemuzik. Begitu juga kumpulan artis, usahawan, korporat mahupun golongan profesional.
Selain baju T, seluar jean Levi’s This Is a Pair of Levi’s sesuai dipakai bersama kemeja, singlet, jaket kulit ataupun kardigan pelbagai warna serta corak.
Koleksi This Is a Pair of Levi’s dijual pada harga antara RM189 hingga RM399 di butik Levi’s di seluruh negara.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: