Monday, July 9, 2012

Falsafah ringkas Samsonite


KOLEKSI City Pulse hadir dalam warna coklat dan kelabu.


REKAAN kontemporari yang mengutamakan stail asli keluaran Samsonite RED kali ini nyata memberi impak avant-garde buat anak muda urban. Berasaskan ciri-ciri versatil, setiap beg pasti menjadi gabungan ideal bagi menyerlahkan penampilan berbeza.

Koleksi baharu tersebut menampilkan beg-beg City Casual, Business Casual dan Travel Casual. Kesemua beg itu ditegaskan pada signatur perinciannya yang memberikan rupa unik.

Di bawah kategori City Casual, tiga jenis beg iaitu Citimate, Lisa dan Viola mampu menjanjikan gaya santai moden. Citimate menawarkan variasi beg galas dan beg beli-belah berzip. Ia sesuai untuk wanita yang menghargai keringkasan dan kemudahan.

Lisa pula merupakan beg jinjit (tote) yang mempunyai perincian kancing merentas zaman pada bahagian depannya. Material nilon dan kulit lembu menghidupkan stail kehidupan di bandar yang serba moden. Tambahan pula, ia padan buat generasi muda yang kuat bekerja namun masih mahu tampak anggun sepanjang hari.


KOLEKSI beg Samsonite Red boleh didapati di semua butik Samsonite.


Jika inginkan sedikit sentuhan elegan, pilih beg tangan atau tote Viola. Ungu gelap menjadi rona utama beg tersebut dan ia menawarkan lebih banyak poket.

Perempuan korporat yang sering sibuk bertemu pelanggan wajib memiliki beg jenis Business Casual. Warna kelabu arang dan perang keemasan pada beg tote dan Boston City Pulse menyuntik aura feminin dan klasik pada si pemakai.

Sekiranya mahu gaya semi kasual, beg GTW yang menawarkan variasi beg bimbit, beg dokumen dan tote sungguh ringkas dan sempurna bagi wanita.

Warna klasik hitam dan kuning air (beige) menjadi penata utama beg Metro yang disediakan dalam rangkaian tote dan beg bimbit. Urban Mono pula akan kelihatan mesra pada tubuh wanita konservatif. Beg silang dan tote beg jenis itu direka khas untuk wanita dalam dunia pejabat.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: