
UNTUK tahun 2012, pengeluar aksesori motosikal, GIVI Asia Sdn. Bhd. (GIVI Asia) memperkenalkan dua produk kotak simpanan baharu iaitu E30RN dan E350RN. Pengenalan kotak tersebut sejajar dengan usaha syarikat untuk meningkatkan keselamatan dan keselesaan buat para penunggang motosikal tempatan.
Model E30RN menawarkan kapasiti simpanan sebanyak 30 liter, manakala E350RN pula seluas 35 liter. Kedua-dua kotak simpanan tersebut berupaya menampung berat sehingga tiga kilogram.
Bahagian bukaan kedua-dua produk tersebut dipasang dengan pemantul dengan rekaan terkini, sekali gus dapat berfungsi sebagai alat meningkatkan keselamatan penunggang motosikal.
Produk terbaharu itu boleh didapati di semua pengedar GIVI Asia seluruh negara. Kotak simpanan E30RN dan E350RN masing-masing ditawarkan pada harga RM164 dan RM245 seunit.
Jaminan global selama satu tahun diberikan sekiranya pengguna memasang kotak tersebut pada sistem rak keluaran GIVI Asia yang dikenali sebagai monorack. Jika pengguna menggunakan rak jenama lain, tiada jaminan akan diberikan kepada mereka.
Harga bagi monorack biasa GIVI ditawarkan pada harga kira-kira RM30 seunit. Sementara monorack jenis tahan lasak pula, harganya bergantung kepada jenis motosikal.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: