BIDANG katering bukanlah satu yang mudah untuk diusahakan kerana ia berkaitan dengan penyediaan makanan.
Seperti Kampung Pengantin yang sinonim dengan perkhidmatan perancang dan perunding perkahwinan secara lengkap mengikut bajet dan juga merupakan antara penaja Peraduan Gerbang Cinta Mega-Utusan Malaysia selama tiga musim, mampu menyediakan hidangan memenuhi cita rasa pelanggan.
Menurut pemiliknya, Syed Nahar Syed Hassan, Kampung Pengantin telah diusahakan sejak 2005 yang bukan sahaja menawarkan pakej perkahwinan tetapi turut meliputi pakej jamuan makan.
Untuk itu, sempena Ramadan yang dijangka disambut seluruh umat Islam esok, Kampung Pengantin turut menawarkan pakej berbuka puasa.
Bermula hari kedua berpuasa sehingga empat hari sebelum raya, Kampung Pengantin akan menyediakan pelbagai juadah yang pastinya tidak akan mengecewakan anda.
"Tahun ini merupakan tahun kedua Kampung Pengantin menawarkan juadah berbuka puasa untuk warga kota.
"Berkonsepkan bufet, tahun ini Kampung Pengantin menyediakan menu Nasi Bukhara ayam atau kambing sebagai menu utama dan juga menu sampingan lain seperti kuih Melayu, pelbagai jenis bubur serta makanan bergoreng dan sup.
"Yang pasti Nasi Bukhara yang disediakan Kampung Pengantin dihasilkan dengan menggunakan rempah yang diperbuat sendiri," ujarnya ketika ditemui di Kampung Pengantin, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Turut menyediakan kemudahan surau untuk bersolat, Kampung Pengantin boleh memuatkan sehingga 800 tetamu selain kawasan letak kereta yang luas.
Pakej bagi berbuka puasa yang ditawarkan Kampung Pengantin bermula RM25 untuk seorang manakala bagi kanak-kanak yang berusia tujuh hingga 12 tahun hanya dikenakan bayaran RM15.
Tambahnya, walaupun hidangan disajikan dalam bentuk bufet tetapi Nasi Bukhara dihidangkan secara set bersama dalca, salad, air asam, pencuci mulut dan juga air. Para pengunjung juga boleh menikmati lebih 10 jenis kuih Melayu di samping pilihan bubur kacang, bubur pulut hitam dan buah-buahan sebagai pencuci mulut.
Tidak ketinggalan turut dihidangkan pelbagai jenis gorengan mi dan sup.
Untuk pilihan air, akan disediakan dua jenis iaitu teh tarik (panas) dan juga kordial (sejuk).
Bagi mereka yang ingin mencuba juadah di Kampung Pengantin, boleh membuat tempahan di talian 03-41345534.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: