
SELAIN faktor genetik dan pengambilan nutrisi, ketinggian badan seseorang kanak-kanak turut dipengaruhi oleh ubatan yang diambil oleh ibu sebagai persiapan untuk hamil.
Sebuah kajian yang disiarkan dalam jurnal Human Reproduction menjelaskan, seorang ibu yang sering mengambil ubatan kesuburan bakal berdepan dengan risiko anak lambat membesar.
Kajian yang dilakukan di Universiti Auckland, New Zealand itu mendapati, secara purata seorang budak lelaki yang ibunya mengambil ubat kesuburan ketinggiannya 3 sentimeter lebih pendek berbanding kanak-kanak lain pada usia 10 tahun.
“Ubat-ubatan untuk menstimulasi ovum mungkin mempengaruhi gen dan perkembangan embrio,” kata pengkaji, Wayne Cutfield.
Bagaimanapun, pakar fertilasi daripada Pusat Reproduksi Manusia, Sistem Kesihatan Long Island, New York, Amerika Syarikat, Dr. Avner Hershlag berpendapat, kajian tersebut menunjukkan keputusan pada skala kecil dan menasihatkan pasangan supaya tidak risau dengan keputusan itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: