Wednesday, July 11, 2012

'Anak menyusahkan!' -Jennifer Aniston


JENNIFER ANISTON


JENNIFER ANISTON menegaskan dia tidak percaya akan kewujudan kehidupan sempurna. Aktres berusia 43 tahun yang kini sedang menjalinkan hubungan dengan aktor Justin Theroux mengakui biarpun ramai yang tertanya-tanya tentang sama ada dirinya akan berkahwin sekali lagi atau memulakan kehidupan berkeluarga, namun perkara tersebut bukan sesuatu yang membimbangkan dirinya.

Sebaliknya kata Aniston, dia kini belajar untuk selalu positif dan gembira dalam hidup tanpa perlu mengejar apa yang tidak akan diperolehnya.

Menjawab soalan wartawan majalah lelaki GQ versi Sepanyol tentang kehidupan peribadinya dalam satu temu bual baru-baru ini, ujarnya: "Kehidupan sempurna? Saya fikir ia sesuatu yang klise. Macamlah, kalau kamu mahu bahagia, kamu perlu ada rumah, suami dan anak. Anak-anak menyusahkan!"

Aniston sebelum ini berkahwin dengan aktor Brad Pitt, namun mereka bercerai selepas Aniston dikatakan enggan melahirkan anak kerana lebih mementingkan karier lakonannya.

Pitt kini sedang berbahagia bersama pasangannya, aktres Angelina Jolie serta enam orang anak mereka.

Aniston pula dilihat semakin serius dalam hubungannya dengan Theroux yang mula terjalin sejak Mei tahun lepas apabila bekas bintang siri TV popular Friend itu dilaporkan telah membeli sebuah rumah agam bernilai AS$21 juta (RM67 juta) di Beverly Hills, California untuk dijadikan kediaman mereka bersama.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: