CAWANGAN Bank Mewah Al-Rajhi menyasarkan peningkatan bagi aset di bawah pengurusan sekurang-kurangnya lima peratus berdasarkan jumlah deposit bank dalam masa lima tahun.
Naib Presiden Kanan Perbankan Mewah Al-Rajhi, Yasmin Junus berkata, dalam masa dua tahun, Al-Rajhi telah mempunyai 150,000 pelanggan serta empat cawangan mewah di Kota Kinabalu, Ipoh manakala dua di Kuala Lumpur.
Menurutnya, Al-Rajhi bercadang membuka dua cawangan di Kedah dan Terengganu di mana satu daripadanya dijangka akan dibuka dalam tahun ini.
“Emas menjadi salah satu produk paling popular bagi Al-Rajhi mendapatkan pelanggan baru. Syarikat berhasrat memperoleh jualan sekurang-kurangnya RM100,000 tahun ini berikutan sasaran tahun lalu berjaya dicapai.
“Gabungan bagi akaun deposit dan pelaburan bersama Al-Rajhi dengan jumlah minimum RM200,000 menjadi salah satu kriteria,” katanya pada majlis Taklimat mengenai Fiqh Muamalat dan Munakahat di Kuala Lumpur, semalam.
Mengulas mengenai kolabirasi Al-Rajhi dengan Anggota Peguam Sukarela (SukaGuam), Yasmin berkata, ia adalah yang pertama dan berharap dapat dilaksanakan di luar Lembah Klang.
Menurutnya, menerusi kerjasama itu pihaknya dapat mendidik dan memberi kesedaran kepada pelanggan berikutan kebanyakannya tidak hanya mementingkan material sahaja.
Wednesday, July 18, 2012
Al-Rajhi sasar tingkat aset lima peratus
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: