"Mengimbangi antara dua pekerjaan, satu dalam dunia korporat dan satu lagi dalam bidang media boleh dikatakan agak memenatkan. Saya perlu saksama dalam pengurusan masa dan ada kalanya perlu mengorbankan kebanyakan masa bersama keluarga dan kawan-kawan untuk memenuhi tuntutan kerja.
"Namun, saya mencintai apa yang saya lakukan dalam kedua-dua industri ini dan apabila melihat kembali kepada apa yang telah saya capai, ia amat memuaskan," katanya yang memiliki Sarjana Muda dalam Perhubungan Awam dan Penyiaran dari Universiti Murdoch, Perth, Australia.
Tambah Reem, dalam bidang penyiaran, salah satu cabaran besarnya untuk sentiasa mendapatkan maklumat yang tepat dan menyebut nama-nama individu tertentu dengan betul.
Sebagai pengacara, Reem juga perlu sentiasa kelihatan kemas walaupun ketika hari-hari yang dia rasakan tidak begitu baik.
Justeru, Reem tidak pernah mengabaikan penjagaan kecantikan dan kesihatan.
"Saya banyak minum air, lakukan senaman berkala dan tidur yang cukup. Untuk penjagaan rambut, tiada yang luar biasa, hanya syampu dan bersihkan rambut setiap hari dan memotong rambut setiap empat hingga enam minggu agar ia sihat dan kekal menarik," ujarnya yang meminati gaya mendiang aktres Audrey Hepburn dan fesyen diperagakan model Kate Moss.
Jika ada kelapangan di hujung minggu, Reem akan cuba ke gim untuk latihan sirkit TRX.
Reem juga meluangkan masa bermain futsal pada setiap Rabu walaupun sibuk dengan jadual pengacaraan Football Overload dan Barclays Premier League Matchday Shows.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: