WARNA seperti personaliti, ia tiada batasnya, demikian tutur Shu Uemura. Falsafah ini menjelaskan bagaimana warna berperanan penting pada penampilan kita.
Justeru, tidak hairanlah koleksi gincu Shu Uemura kali ini menampilkan kilauan warna yang terang dan ceria.
Sejauhmana gincu mempengaruhi penampilan dan solekan wajah?
Menurut ketua jurusolek antarabangsa Shu Uemura, Yuji Asano, kecantikan tanpa had bermula daripada gincu.
"Gincu menjadi ilham gambaran keseluruhan ekspresi solekan anda," katanya.
Hakikatnya, setiap daripada kita memiliki bibir semula jadi yang cantik dan ia jadi lebih menawan dengan satu sentuhan saja iaitu gincu.
Bibir yang tebal dan besar dikatakan lebih menarik daripada bibir nipis dan kecil.
Wajah juga lebih ceria dengan kilauan gincu yang cerah. Sementara warna semula jadi, menjadikan wajah tampil dengan solekan sederhana.
Sebaliknya, gincu berwarna merah cukup menarik perhatian dan menjadi tumpuan.
Oleh itu, pelajari cara solekan gincu yang sederhana tetapi sesuai untuk semua keadaan. Alatan yang diperlukan bagi menampakkan hasil yang menarik antaranya cermin, tisu muka, pengilat, berus serta pensel bibir dan gincu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: