Monday, May 21, 2012

Philips perkenal lampu LED rekaan terkini

INOVASI...Vennila (tengah) bersama model yang memegang barisan produk terbaru Philips.
INOVASI...Vennila (tengah) bersama model yang memegang barisan produk terbaru Philips.

PHILIPS Malaysia Sdn Bhd (Philips Malaysia) pengeluar terkemuka barangan elektrik dan kelengkapan rumah terus komited menghasilkan produk yang menjimatkan tenaga apabila memperkenalkan barisan lampu LED dengan reka bentuk terkini.

Pengurus Besar Pencahayaannya, Vennila Rajamanickam berkata, sebagai peneraju dalam segmen pencahayaan, pihaknya sentiasa menjalankan kajian dan pembangunan bagi menghasilkan barisan lampu LED yang menjimatkan tenaga serta tahan lama.


Beliau berkata, Philips juga kali ini tampil dengan rekaan lebih unik untuk pelbagai segmen bagi ruang pejabat dan kediaman termasuk semua jenis rumah.

“Barisan penyelesaian lampu LED terbaru dari Philips ini menawarkan lebih kreativiti kepada konsumer dan paling penting ia menjimatkan tenaga lebih 80 peratus dan mentol Philips pula mampu bertahan 25 kali lebih lama berbanding yang terdapat di pasaran atau tahan 25 tahun tanpa perlu ditukar.


“Terdapat lima kategori lampu ditawarkan iaitu bagi ruang bilik tidur anak-anak, ruang tamu, dapur, pejabat dan bilik tidur utama. Kami gembira menawarkan lebih banyak pilihan lampu pada tahun ini,” katanya selepas melancarkan produk baru Philips bagi segmen pencahayaan LED di Kuala Lumpur.


Menurutnya, berikutan permintaan yang semakin meningkat terhadap segmen ini, pasaran pencahayaan global dijangka meningkat antara 7 dan 9 peratus menjelang 2015 membabitkan jumlah pendapatan yang dianggarkan hampir RM240 juta.

“Malah, Philips juga memahami perhubungan dalam pasaran pencahayaan kediaman di negara ini dan turut menganjurkan peraduan Philips Light Over bagi memenangi hadiah bernilai RM10,000 untuk kediaman mereka di mana ia terbuka kepada semua rakyat Malaysia,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: