Monday, May 21, 2012

Cohen buat gila

MILIK AKU...Jeneral Aladeen sekali lagi dikelilingi model cantik.
MILIK AKU...Jeneral Aladeen sekali lagi dikelilingi model cantik.

PAGINYA dia menghabiskan masa bersantai di atas kapal layar bersama model Itali, Elisabetta Canalis, maka sudah tiba masanya “The Dictator” ini kembali berada di karpet merah semula.

Sacha Baron Cohen meneruskan aksi gila-gilanya untuk mempromosikan filemnya itu dengan tiba di Festival Filem Cannes ke 65, dengan menaiki Lamborghini warna oren terang.

  • Foto

    GILA-GILA Cohen tiba di sidang akhbar di Hotel Carlton dengan menaiki unta.

  • Foto

    COHEN tiba di karpet merah Festival Filem Cannes dengan memandu kereta Lamborghini oren.

  • Foto

    LIHAT INI...bas berwarna terang tiba di Universiti Nevada di Las Vegas.

  • Foto

    AKTOR berusia 40 tahun itu bergaya di hadapan kamera dengan cerut di bibir.

Sudah tentu, aktor berusia 40 tahun itu memainkan peranan penuh sebagai Jeneral Aladeen dan sekali lagi dia dikelilingi oleh wanita cantik yang berpakaian seperti pengawal peribadinya.

Dengan mengenakan jumpsut denim yang dipenuhi dengan lencana dan gambar karektor itu, Cohen membiarkan cerut bergantung dari bibirnya setiap masa lalu beraksi di hadapan kamera sambil memerhatikan kumpulan wanitanya.Dia turut mengenakan sepasang but kulit ular dan cermin mata gelap warna biru ketika bersiar-siar di festival itu.Cohen kemudian mendekati seorang wanita lalu mengucupnya sambil membuat penggambaran pendek untuk rancangan Le Grand Journal TV.


Wanita itu sebenarnya penyanyi kumpulan Gossip, Beth Ditto yang kemudian menari dengan Cohen.

Ketika Cohen melakukan apa yang boleh untuk memastikan orang ramai bercerita mengenai filem komedi itu di Cannes, di tempat lain pula promosinya dibuat berlainan.

Bas peperangan Dictator tiba di Universiti Nevada di Las Vegas di mana orang ramai dan peminat filem itu berpeluang untuk melihat dalam bas itu.

Dan sudah pasti hiasan dalaman itu seperti apa yang mereka jangkakan, menjolok mata, menjengkelkan dan juga kelakar.

Bas mewah itu dihias dengan langsir sutera warna emas, bantal dan lampu warna emas dan sudah tentu ia dipenuhi gambar General Aladeen.

Ada seorang pengawal peribadi wanita lengkap dengan pakaian tentera warna hijau menyambut pelawat ke bas itu.

Dengarnya, Cohan merancang untuk melakukan sesuatu yang mengejutkan di Cannes untuk mempromosikan filemnya itu, sama seperti yang dibuatnya ketika Anugerah Oscar, di mana dia menuang “abu mayat Kim Jong-il” ke atas Ryan Seacrest di karpet merah.

Selasa lalu dia tiba di Hotel Carlton yang terkenal untuk sidang akhbar, lengkap berpakaian rasmi pemerintah Republik Wadiya dengan menaiki unta.

Aktor itu mengenakan pakaian seperti pemain polo dan membawa tali cemeti ketika berjalan masuk ke dalam hotel, ditemani oleh dua wanita yang membawa mesingan dan memakai pakaian seksi.

Dalam filem itu, Cohen melakonkan watak pemerintah seperti Kolonel Gaddafi, seorang diktator ketenteraan di sebuah negara fiksyen Republik Wadia di Afrika Utara yang bencikan kebebasan.

Filem itu turut dibintangi oleh Anna Faris yang berlakon sebagai pemilik kedai runcik organik dan aktivis politik separuh masa.

Dalam wawancara baru-baru ini, Anna berkata, berlakon bersama Cohen adalah satu pengalaman unik.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: