HATI-HATI… Ini juga boleh terjadi kepada anda jika berjoging pagi-pagi di kawasan rumah!
ANGGOTA polis memasukkan mayat Yip Sun Wah yang mati digigit anjing jiran ke dalam plastik hitam sambil diratapi ahli keluarga di Subang Jaya, semalam. Gambar kecil anjing 'Pitbull'.
SUBANG JAYA 8 Mei - Sudah menjadi kebiasaan bagi seorang lelaki warga emas, Yip Sun Wah berjoging di sekitar kawasan rumahnya di Jalan SS19/5E di sini pada setiap pagi sejak 20 tahun lalu.
Namun, kelibat lelaki berusia 74 tahun itu berjoging tidak dapat lagi dilihat selepas ini apabila dia menemui ajal dalam keadaan mengerikan setelah diserang oleh seekor anjing jenis 'Pitbull' milik jirannya hari ini.
Sun Wah diserang anjing tersebut pada pukul 9 pagi, semasa berjoging sendirian di hadapan sebuah rumah teres dua tingkat yang terletak di belakang rumahnya.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli, berkata mangsa yang mengalami kecederaan parah dan pendarahan teruk mati di tempat kejadian, sebelum mayatnya dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.
Katanya, siasatan awal polis mendapati, pemilik anjing berkenaan tidak mengikat binatang berkenaan dan ia dipercayai keluar melalui pintu sampah sebelum menyerang mangsa yang sedang berjoging di kawasan berkenaan.
Sementara itu, isteri mangsa, Lim Yoke Kim, 73, berkata dia dimaklumkan kejadian menimpa suaminya itu seorang penduduk sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
Bagaimanapun, katanya, sebaik dia dan empat anak lelakinya tiba, suaminya sudah meninggal dunia. “Sejak bersara 20 tahun lalu, hampir setiap hari suami saya akan berjoging di sekitar kawasan perumahan kira-kira sejam, namun saya tidak menyangka ia bertukar tragedi sehingga membawa maut, katanya.
patut tangkap dan bunuh semua anjing!
ReplyDeletekenapa nak 'semua' anjing, anjing pun makhluk tuhan.Tapi sepatutnya anjing ni mmg tak patut dibawa ke Malaysia, anjing 'pitbull' mmg ganas.
ReplyDeleteanjing ni bukan dgn org je dia ganas...dgn sesama anjing pun dia gigit sampai mati juga
ReplyDelete