Monday, May 14, 2012

Makanan halal di Gold Coast

Pelbagai tarikan untuk pelancong boleh di peroleh di Brisbane.

GOLD Coast dan Brisbane, Australia, dua destinasi yang tidak asing lagi bagi pelancong dari dalam dan luar negara.

Bagi kebanyakan pelancong mungkin tidak menghadapi sebarang masalah ketika bercuti di sana tetapi sedikit sukar bagi pelancong Malaysia terutama dalam hal mencari makanan halal.

Bagaimanapun hari ini, isu tersebut bukanlah masalah lagi kerana restoran Islam dan juga makanan halal boleh diperoleh dengan mudah baik di Gold Coast mahupun Brisbane.

Terkini, kedua-dua bandar tersebut menawarkan pelbagai jenis pilihan kepada anda terutama sekali kepada pelancong yang beragama Islam untuk merasai sendiri pengalaman makan malam yang menarik di restoran-restoran halal yang terdapat di sana.

Yang pasti, kombinasi percutian menarik di tepi pantai dengan penuh keriangan yang tiada tandingannya turut dipenuhi dengan pelbagai aktiviti lasak.

Tarikan yang disediakan amat menarik malah sesuai dinikmati pelancong daripada semua peringkat umur dan untuk seisi keluarga.

Menjelang Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi, umat Islam turut dialu-alukan untuk mencuba sesuatu yang istimewa di sana.

Ini kerana selain dapat menikmati juadah berbuka puasa yang berbeza tetapi halal, para pengunjung juga berpeluang beramai-ramai berbuka bersama di satu ruang khas yang disediakan.

Sepanjang Ramadan, para pelancong yang beragama Islam boleh menikmati hidangan sambil menikmati panorama yang menarik di Hilton Surfers Paradise.

Yang pasti bukan sahaja makanan lazat serta pemandangan yang menarik dapat dinikmati tetapi bagi peminat-peminat shisha mereka juga berpeluang mencubanya.

Pastinya, Gold Coast dan Brisbane wajar dimasukkan dalam kalendar destinasi percutian anda yang juga sesuai bagi pengunjung beragama Islam berikutan mudah untuk mencari restoran menawarkan makanan halal.

Untuk keterangan lanjut anda boleh layari laman web www.australia.com.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: