Jay Chou
Penyanyi popular, Jay Chou dan Hannah Quinlivan sudah digosipkan berpacaran sejak tahun lalu lagi namun kedua-duanya menafikan perkara itu.
Bagaimanapun, timbul desas desus terbaru mengenai pasangan ini, iaitu berita perkahwinan mereka yang bakal berlangsung bulan depan.
Menurut salah seorang rakan kepada ibu Jay, pasangan ini memilih Guam sebagai lokasi untuk melangsungkan perkahwinan rahsia mereka itu.
Namun, ada juga sumber yang memberitahu kedua-duanya memilih Guam sebagai lokasi untuk majlis pertunangan mereka, malah saudara mara terdekat pasangan ini sudah pun menerima jemputan untuk majlis itu.
Spekulasi mengenai perkahwinan pasangan ini mula tersebar sejak Jay mendedahkan hasratnya untuk berkahwin sebelum usianya 35 tahun.
Mengulas mengenai khabar angin tersebut, Jay menafikan hal itu dan memberitahu tidak mempunyai perancangan lagi ke arah tersebut. Sementara itu, Hannah pula menganggap berita itu sebagai tidak berasas.
Pihak pengurusan Jay turut memberitahu, jadual penyanyi itu untuk bulan hadapan sudah pun penuh. Tambahan pula, Jay akan mula menjalankan penggambaran untuk sekuel filem Secret mulai Jun ini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: