Sajith (kiri) bersama wakil pembangun aplikasi tempatan ketika majlis pelancaran stor laman sesawang Chrome di Kuala Lumpur, semalam.
Google Malaysia (Google) mengalu-alukan penyertaan lebih ramai pembangun tempatan menyertai aplikasi stor laman sesawang Chrome, mercu tanda produk setempat untuk pasaran Malaysia.
Pengurus negaranya, Sajith Sivanandan berkata, aplikasi itu direka untuk rakyat Malaysia, dan dicipta oleh pembangun Malaysia.
Menurutnya, setakat ini aplikasi itu disertai enam syarikat tempatan seperti Malaysiankini, The Star, Amanz.my, AirAsia, Maybank dan Malaysian Insider.
“Kami turut menerima penyertaan daripada beberapa syarikat tempatan lain, namun aplikasi mereka tidak sempat disiapkan sebelum pelancaran berlangsung. Aplikasi ini boleh diakses tidak lama lagi,” katanya selepas pelancaran rasmi aplikasi itu di Kuala Lumpur, semalam.
Menurutnya, stor laman sesawang Chrome adalah pasaran terbuka dalam satu tempat memudahkan pengguna melayari, mencari dan membeli aplikasi terbaik di laman sesawang selain memudahkan pembangun mempamerkan aplikasi laman sesawang mereka.
Google menjangkakan beribu lagi aplikasi daripada pembangun tempatan menyertai aplikasi baru itu sepanjang tahun ini.
Menurutnya, di peringkat global, Google mempunyai berjuta aplikasi yang terdapat di dalam Chrome Web Store, sejak dilancarkan tahun lalu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: