|
KUALA LUMPUR - Fraser & Neave Holdings Bhd. (F&N) tidak bercadang untuk meningkatkan harga produknya buat masa ini sunnguhpun berhadapan dengan kos bahan mentah yang lebih tinggi.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif F&N, Datuk Ng Jui Sia,langkah untuk menaikkan harga merupakan 'mimpi ngeri' bagi setiap pengeluar dan semua pihak tidak mahu kehilangan jualan dan pegangan pasaran.
"Kami masih mempunyai margin untuk menyerap kenaikan harga bahan mentah itu dan ia tidak akan membebankan pengguna," katanya selepas membentangkan prestasi kewangan separuh tahun pertama F&N yang berakhir pada 31 Mac lalu di sini semalam.
Selain minuman berkarbonat F&N, syarikat kini mengeluarkan produk minuman berjenama 100Plus, Seasons, Fruit Tree, Red Bull serta pelbagai produk tenusu termasuk Tea Pot dan Carnation.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: