Sunday, May 20, 2012

Dunia fantasi Kirsty

UNIK... Kirsty mengabadikan siri fotografi bagi memperingati mendiang ibunya, Maureen.
UNIK... Kirsty mengabadikan siri fotografi bagi memperingati mendiang ibunya, Maureen.

MENDIANG ibu Kirsty Mitchell, Maureen ialah guru bahasa Inggeris yang menghabiskan masa menanam semangat dalam jiwa kanak-kanak dengan cerita dan lakonan.

Berikutan kematian Maureen akibat ketumbuhan otak pada 2008, Kirtsy mengambil langkah untuk menzahirkan rasa sedihnya menerusi perkara paling diminatinya - fotografi.

  • Foto

    MENARIK... kapal kertas disangkut pada pokok, seolah-olah diarah oleh permaisuri.

  • Foto

    KREATIF... sebahagian daripada hasil seni fotografi Kirsty yang dirakam di hutan berhampiran kediamannya.

Dia menghabiskan masa berkabung di belakang lensa kamera dan menghasilkan Wonderland, dunia fantasi syurgawi.

Siri fotografi itu bermula sebagai satu projek kecil musim panas tetapi berkembang menjadi satu inspirasi perjalanan yang kreatif.“Kehidupan sebenar menjadi tempat yang rumit tetapi saya berjaya menemui jalan alternatif menerusi portal kamera saya,” kata artis itu.

“Jalan itu berkembang menjadi konsep menghasilkan buku cerita tanpa perkataan, yang diabadikan untuk ibu saya. Buku itu akan menggemakan cerita dewa- dewi yang sering dia bacakan kepada saya ketika kanak-kanak.”

Kirsty, 36, yang mempunyai latar belakang dalam bidang rekaan fesyen dan kostum, bergabung dengan artis rambut dan mekap, Elbie Van Eeden.

Kedua-duanya mempunyai pekerjaan tetap sepenuh masa. Kerana itu mereka menghabiskan waktu malam dan hujung minggu saja untuk membuat peralatan, rambut palsu dan set menggunakan bajet terhad manakala penggambaran dilakukan di kawasan hutan berhampiran kediaman Kirsty.

Dia menjadi tertarik dengan bunga liar, seperti ‘bluebell’ yang hanya muncul untuk beberapa minggu dalam masa setahun.

Dalam beberapa kes, dia terpaksa menunggu 12 bulan supaya dapat merakam gambar dengan pakaian yang sesuai dengan warna terang alam semula jadi.

“Semua karakter itu muncul dalam mimpi saya,” katanya.

Bagaimanapun, dia teruja untuk mengambil peluang bagi menjelmakan mimpinya menjadi kenyataan.

“Anda tidak selalu mendapat peluang untuk berdiri di sebelah puteri setinggi 2.44 meter dalam hujan untuk menyaksikan fajar menyinsing dengan gadis sarkas menari di atas jangkungan,” katanya.

Imej dihasilkan kelihatan begitu hidup sehingga ada yang mengatakan ia dihasilkan menggunakan Photoshop. Ia mendorong Kirsty membuat catatan dan blog di sebalik rakaman mengenai penghasilan setiap gambar.

“Tujuan saya ialah menggambarkan perjalanan masa, perjalanan menerusi empat musim yang tidak pernah diceritakan, menggabungkan setiap warna pada pelangi.”

Seiring dengan perkembangan kerjanya, kostum yang digunakan semakin rumit untuk digabungkan dengan peralatan dan karakter baru biasanya mengambil masa sehingga enam bulan untuk dihasilkan.

Kerjanya selama tiga tahun kini hampir siap dan dia merancang mengadakan pameran dan sekali gus menerbitkan buku.

“Saya tahu pada hari nama ibu saya tercetak pada kulit dalam buku Wonderland, ia akan merasakan saya sudah memenuhi janji pada diri saya dan memorinya yang sungguh berharga.”

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: