Malah, dia juga enggan terus memperkatakan sejarah yang mengaibkan dirinya dan keluarga kira-kira dua tahun lalu. Kini, ibu kepada Sidney Azkassyah Yusuf, 5, itu sudah mendapat keyakinan diri untuk kembali aktif sebagai pelakon dan pengacara TV, lebih-lebih lagi selepas mendapat sokongan suaminya, Muhammad Yusuf Subarata.
"Saya mohon, jangan dibuka lembaran memalukan itu. Biarkan Allah SWT yang mengaturnya, bukan manusia.
Biarlah saya alami saja dan biarkan saya menemukan jati, bukan kerana tuntutan orang.
Saya kembali lagi dalam industri hiburan kerana terlalu sayang pada kerjaya yang hampir 20 tahun dibina.
"Bagaimanapun, saya jadi takut apabila orang luar terus menghukum dan memperkatakan titik hitam yang sudah saya buang jauh daripada lubuk hati dan kehidupan.
Ya, sudahlah, terimalah saya seadanya.
"Saya sudah bersiap sedia, saya belajar berdepan dengan persoalan peminat. Mungkin ada yang melukakan, tapi saya terima seadanya.
Alhamdullilah, saya juga mendapat sokongan ramai teman dalam industri hiburan, mereka memberi kekuatan untuk saya berdepan dengan semua orang.
"Kerjaya sebagai anak seni sudah menjadi darah daging saya sejak kecil. Saya terlalu rindu untuk kembali. Saya akui menerima beberapa tawaran lakonan dan berlakon teater. Bagaimanapun, biarlah ia rahsia dulu kerana semuanya masih dalam perbincangan.
Biar dulu dirahsiakan, saya mahu perlahan-lahan kayuh. Saya tunggu hingga semua orang boleh menerima kehadiran saya, jadi hati saya lebih tenang," katanya.
Tanpa berselindung, Tari atau nama sebenarnya, Cut Tari Aminah Anasya menjelaskan, dia tidak canggung untuk meneruskan kerjaya seninya, sama ada dalam bidang pengacaraan mahupun lakonan.
Kini, dia juga mula berjinak-jinak dalam dunia teater.
"Saya tidak canggung, dulu saya hanya berehat seketika. Sebelum ini, saya hanya berehat ketika hamil Sidney Azkassyah dulu. Saya akui, berdepan dengan semua orang adalah proses menakutkan. Dan hari ini, saya mula lebih terbuka untuk bertemu dengan sesiapapun. Sampai bila saya mahu menutup diri? Ya, saya bisa terbuka berbicara dengan sesiapapun," katanya.
Di sebalik titik hitam yang berlaku, keluarga terutama suaminya, Yusuf masih berdiri teguh di belakangnya.
Masih ingat bagaimana suaminya begitu setia melindunginya, meskipun Tari melakukan kesalahan yang bukan kecil.
"Keluarga adalah kekuatan saya ketika ini. Jika seribu orang memberi sokongan, tapi saya tidak mendapat kekuatan berdepan semua ini, tidak bisa juga. Maksudnya, pokok pangkal kepada diri saya. Saya mahu menjaga keperibadian dengan lebih baik.
"Yang pasti, saya ingin berubah, saya tidak mahu terlalu mengikut tuntutan orang. Saya berusaha memperbaiki diri, tapi mahu berubah bukan disebabkan orang lain.
Saya percaya berubah kerana orang lain lebih bersifat sementara. Biarkan saya mengubah diri saya sewajarnya kerana ia soal hidup saya.
"Diterima, dimaafkan dan dipercayai bukan sesuatu yang mudah.
Apalagi kalau orang sudah mengetahui kekhilafan saya. Kita lebih suka bercakap perkara tidak enak.
Bagi saya, persoalan itu saya sudah tutup buku dan saya membuka lembaran baru. Saya bersyukur keluarga, rakan media dan masyarakat memberikan lembaran baru buat saya. Saya hanya mahukan kekuatan dan doa," tegasnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: