Peningkatan jumlah pesakit kronik seperti sakit jantung, kencing manis, buah pinggang, darah tinggi dan sebagainya, secara tidak langsung menggambarkan masyarakat hari ini mengabaikan aspek penjagaan kesihatan.
Tidak dinafikan, peningkatan angka tersebut sebahagiannya disebabkan oleh pemakanan harian serta persekitaran gaya hidup yang tidak sihat.
Justeru kesedaran terhadap mengutamakan penjagaan kesihatan perlu ada kerana kesihatan merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai.
Salah satu penjagaan kesihatan yang paling mudah dan boleh dipraktikkan orang ramai ialah dengan pengambilan sarapan pagi.
Ramai yang mungkin tidak mengetahui bahawa sarapan pagi merupakan waktu makan yang paling penting bagi setiap individu.
Ini kerana ia penting untuk permulaan hari bagi membekalkan tubuh dengan segala nutrisi yang amat diperlukan untuk sepanjang hari.
Menurut Pakar Perunding Makanan, Indra Balaratnam, kajian yang dilakukan mendapati sebahagian besar rakyat Malaysia tidak mengambil sarapan pagi.
Tambahnya lagi, bukan itu sahaja malah ia merupakan satu trend yang mula menjadi isu dan diperkatakan ramai hari ini.
“Seperti yang umum ketahui, sarapan pagi adalah penting dan ia perlu diambil kerana perut kita telah mula ‘berpuasa’ selama lapan jam sebaik sahaja anda tidur.
“Oleh yang demikian, seelok-eloknya sarapan pagi diambil setengah jam selepas anda bangun pagi dan jangan biarkan perut anda terus ‘berpuasa’.
“Sebenarnya tabiat ini boleh ditukar dengan kesungguhan individu itu sendiri walaupun pada hakikatnya mereka tidak mengamalkan pengambilan sarapan pagi sejak daripada kecil lagi," ujarnya.
Beliau ditemui selepas bengkel separuh hari Roti dan Sarapan Pagi bersama Minyak Zaitun Extra Virgin Organik Naturel, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Tambahnya lagi, sarapan pagi yang diambil tidak perlulah makanan yang berat seperti nasi lemak, roti canai dan sebagainya malah ia memadai sekadar sekeping roti dan juga segelas susu.
Indra turut menyatakan, pentingnya sarapan pagi untuk setiap individu adalah kerana untuk mengekalkan tenaga sepanjang hari malah sekiranya sarapan pagi tidak diambil, kadar metabolisma dalam badan akan menurut.
Hal ini terjadi kerana perut dibiarkan kosong dalam tempoh yang terlalu lama.
Beliau turut mendedahkan, ada kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa mereka yang mengambil sarapan pagi akan menjalani kehidupan harian dengan lebih ceria malah mereka juga mampu memberikan tumpuan yang sepenuhnya terhadap pekerjaan yang dilakukan.
Indra turut menjelaskan bahawa sarapan pagi yang disediakan untuk anak-anak tidak seharusnya berbeza dengan orang dewasa malah yang paling penting pengambilan susu pada waktu pagi adalah baik.
Pada masa yang sama, Indra turut memberikan tip sekiranya mereka ingin mengambil brunch (sarapan dan makan tengah hari yang diambil serentak), pengambilan makanan ringan dengan minuman panas juga perlu sementara menunggu.
Sementara itu, bengkel Roti dan Sarapan Pagi bersama Minyak Zaitun ‘Extra Virgin’ Organik Naturel yang diadakan di Restoran Senses, Hotel Hilton Kuala Lumpur, memberi peluang kepada wakil-wakil media untuk mempelajari cara-cara membuat roti memasak sarapan pagi yang mudah dan berkhasiat.
Sudah pasti bengkel tersebut memberi satu pengalaman yang menarik terutama sekali bagi ibu-ibu yang kekeringan idea untuk menyediakan sarapan pagi setiap hari untuk anak-anak tersayang.
Yang jelas, selepas ini penyediaan sarapan pagi akan menjadi lebih mudah dengan penggunaan minyak zaitun Extra Virgin Organic Naturel.
Berpeluang mencuba menyediakan roti signature multigrain and seeds dan roti walnut and yoghurt, selain penggunaan bahan-bahan asas yang lain, sudah pasti penggunaan minyak zaitun Extra Virgin Organic Naturel dititikberatkan untuk memiliki rasa dan aroma yang enak dan berbuah.
Sebenarnya, penggunaan minyak zaitun dalam setiap masakan bukan sahaja mampu mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan malah masakan akan menjadi lebih lazat dan lebih berkhasiat.
Selain itu, wakil-wakil media turut ditunjukkan cara-cara menyediakan sarapan pagi yang berkhasiat dan mudah disediakan oleh Chef de Cuisine, Restoran Senses, Chef Michael Elfwing.
Tiga jenis sarapan yang disediakan seperti telur bersama asparagus, breaded chicken pattien with tzatziki dan sauteed mushrooms with spring onions and parsley adalah untuk mengiringi dan melengkapkan roti yang dibuat sebelum itu.
Ternyata ketiga-tiga sarapan tersebut bukan sahaja mudah disediakan malah ia pastinya membangkitkan selera anak-anak untuk menikmati sarapan pagi.
Jelas daripada bengkel setengah hari itu ia mampu mengembalikan tabiat mengamalkan sarapan pagi untuk kesejahteraan hidup.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: