Tuesday, May 15, 2012

Ben Affleck Hasilkan Ucapan Video Sempena Hari Ibu

Ben Affleck.

NAMPAKNYA Ben Affleck sangat menghargai isterinya iaitu Jennifer Garner sebagai seorang wanita dan ibu.

Bersempena dengan Hari Ibu yang disambut pada Ahad lalu, aktor filem Daredevil tersebut telah membuat sebuah video istimewa untuk isterinya dan seluruh wanita di dunia menerusi laman YouTube.

Ben menghasilkan video berkenaan ketika berada di Kongo dan kebetulan saat itu dia sedang terlibat dalam kegiatan amal di bahagian timur negara tersebut.

"Saya ingin mengatakan selamat hari ibu untuk semua wanita dalam hidup saya iaitu ibu dan tentu sahaja isteri saya yang disayangi, Jennifer.

"Anda adalah sangat luar biasa dan saya ingin berterima kasih atas segala pengorbanan anda," katanya dalam video tersebut.

Dalam video berkenaan Ben turut memberikan ucapan kepada kaum ibu di seluruh dunia.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: