AKTRES Anne Hathaway sedang berusaha menurunkan berat badannya setelah membuat keputusan memotong rambut agar kelihatan pendek bagi memegang peranan Fantine dalam filem Les Miserables yang akan memulakan penggambarannya tidak lama lagi.
Menurut laporan Dailymail, hasil diet yang dilakukan oleh bintang filem Devil Wears Prada itu ternyata menjadi kerana tubuhnya yang sedikit berisi sebelum ini berubah agak 'kurus kering'.
Anne yang dilihat sedang berlibur di sebuah pantai di Miami Jumaat lalu mengenakan bikini hitam sekali gus menampakkan tubuhnya yang sangat kurus sehingga tulang rusuknya jelas kelihatan.
Selesai mandi di pantai, Anne terus mengenakan kemeja T, seolah-olah risau jika orang di sekelilingnya melihat tubuh badannya itu.
Bagaimanapun, Anne bukanlah aktres pertama yang sanggup menjalani diet habis-habisan.
Sebelum ini, Kate Middleton juga melakukan diet ketat menjelang pernikahannya dengan pangeran William. Begitu juga dengan Demi Moore tampak seperti 'tengkorak hidup' sejak rumah tangganya bergolak dengan Ashton Kutcher pada tahun lalu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: