Sunday, September 25, 2011

X-Trail garang

pix_middle

JARANG kita lihat ‘sport utility vehicle’ (SUV) seperti Nissan X-Trail menjadi pilihan untuk diubah suai kaki kereta. Disebabkan bentuknya yang besar, kos dan alat ganti kenderaan itu menjadi penghalang untuk diketengahkan sebagai hobi modifikasi, maka ia dilupakan.

Namun bagi pemilik kenderaan ini yang mempunyai cita rasa berbeza, proses modifikasi yang dilakukan dianggap sebagai cabaran untuknya. Kerana itu, Nissan X-Trail ini dijadikan sebagai projek khas untuk diubah suai.

  • Foto

  • Foto

Sekali pandang, kenderaan ini kelihatan sedikit garang dengan penggunaan ‘wide bodykit’ yang direka secara ‘custom’. Ia membabitkan bumper depan dan belakang, ‘skirt’ tepi dan juga spoiler serta bonet hadapannya.

Tidak cukup dengan ubah suai dilakukan, pemiliknya turut menaik taraf sistem audio. Menggunakan dua sub woofer daripada Alpine dan set audio daripada Macon, ia sudah memadai untuk memberikan kualiti muzik yang menarik.


Bagaimanapun, tidak seperti kaki kereta lain yang turut menukar jentera kenderaan mereka kepada yang lebih berkuasa, pemiliknya hanya memilih untuk mengekalkan enjin asalnya. Namun begitu, ia sudah dinaik taraf melalui proses ‘tuning’ agar ia dapat memberi kuasa melebihi kuasa asalnya.


Selain itu, bahan api yang terbakar turut disalurkan dengan baik menerusi sistem ‘piping’ yang dinaik taraf kepada set ekzos yang digunakan kenderaan mewah seperti BWM iaitu AC Schnitzer.

Sekurang-kurangnya, kereta ini mampu mencecah kelajuan 180km/j walaupun dengan penggunaan rim besar bersaiz 20 inci daripada jenama Enkei.



PENGUBAHSUAIAN

EKZOS

  • Tabung AC Schnitzer
  • Straight piping’ 2 inci

    RIM
  • 20 inci Enkei

    SUSPENSI
  • Suspensi boleh laras udara Bomber

    AKSESORI
  • Tempat duduk hadapan semi bucket custom
  • Papan pemuka
  • Sistem audio Alpine
  • Dua buah LCD 7 inci
  • Amplifier Alpine
  • Set audio Macon
  • Wide bodykit custom
  • Spoiler custom
  • Bumper depan dan belakang custom
  • No comments:

    Post a Comment

    Tinggalkan Komen Anda Sini: