ISU ciplak bukanlah satu perkara baru dalam industri muzik Korea. Namun apa yang berlaku terhadap kumpulan popular 2NE1 baru-baru ini ternyata berbeza.
Hal ini disedari oleh kebanyakan peminat 2NE1 sendiri yang mendakwa sebuah syarikat pengeluar kasut berjenama Full Time di Venezuela telah menyalahgunakan video klip kumpulan tersebut yang berjudul I am the Best.
Tanpa mendapatkan sebarang persetujuan, syarikat terbabit telah menyunting video klip tersebut dan menggabungkannya dengan iklan promosi kasut keluaran mereka.
Peminat-peminat 2NE1 di Venezuela yang terkejut dengan isu tersebut tanpa berlengah telah merakam dan menghantar video tersebut kepada YG Entertainment untuk tindakan lanjut.
Sebelum ini, kumpulan MBLAQ pernah berhadapan dengan insiden yang sama menerusi lagu Oh Yeah yang telah disalah guna oleh seorang artis bernama Andrea Bucaram dari Amerika Selatan.
Bagaimanapun, ketika artikel ini disiarkan, tiada sebarang kenyataan daripada pihak YG Entertainment dikeluarkan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: