Sunday, September 18, 2011

Tapak 3 serangkai

lFoto: Surianie Mohd Hanif lBaju kurung Anzalna: Butik Wan Pa, Wisma Sentral, Jalan Ampang
lFoto: Surianie Mohd Hanif lBaju kurung Anzalna: Butik Wan Pa, Wisma Sentral, Jalan Ampang

DRAMA Ramadan Terakhir (RT) menemukan tiga wajah baru dalam dunia lakonan - Ariel Zafrel, 23, Anzal Nasir, 23 dan Mohd Jaslin Puasa, 24. Daripada mereka bertiga, Ariel atau empu­nya nama sebenar Suhairil Suhari, lebih awal menyertai industri dan berbekalkan sedikit pengalaman yang ada, Ariel sudah biasa berdepan media.

Berbanding Anzal atau mahu dikenali dengan nama Anzalna, dia masih gugup dan belum bijak menyusun kata. Dicampur pula loghat bahasa Melayunya dengan slang bahasa Inggeris, keadaan itu agak merimaskan. Jaslin pula ‘cool’ orangnya. Jejaka kacak itu juga aktif di pentas peragaan.

  • Foto

  • Foto

  • Foto

  • Foto

Sayangnya, pada sesi fotografi yang dibuat Ramadan lalu, Ariel mengalami sakit mata yang teruk. Maka terpaksalah dia mengenakan cermin mata hitam bagi menyembunyikan keadaan matanya yang bengkak dan berair itu. Pun begitu, Ariel tetap muncul di Balai Berita, NSTP, demi komitmennya sebagai anak seni.

Katanya, selagi boleh berjalan dan bercakap, dia akan berusaha untuk tidak mengecewakan media yang mahu merakamkan gambar dan menemubualnya. Ini kerana sokongan media dan peminat penting untuknya menjadi pelakon terkenal satu hari nanti. Memahami keadaannya itu, terpaksalah kami mengabadikan wajahnya bercermin mata hitam.


Ariel kurang selesa de­ngan keadaan itu kerana matanya tidak mampu ‘berinteraksi’ dengan pembaca. Pada masa sama, penggambaran RT belum selesai, maka dalam keadaannya sebegitu, Ariel terpaksa gagahkan diri ke lokasi supaya tidak menggang­gu jadual pelakon lain.


“Kalau ikutkan hati mahu saya baring saja di rumah tetapi saya sudah berjanji untuk datang ke sesi fotografi ini. Sakit mata ini berjangkit dengan anak saudara dan tak sangka pula sampai jadi teruk macam ini,” katanya.

Dia yang pada mulanya kelihatan lemah dan bercakap pun perlahan tiba-tiba bersemangat apabila ditanyakan gosip dia melepaskan pegangan tangannya dengan seorang gadis.

“Kalau berjalan dengan teman wanita atau kawan perempuan lain di celah orang ramai, tak pernah kami berpegangan tangan. Jika benar saya terpegang tangan dia pun mungkin kebetulan untuk mengelakkan sesuatu.

“Saya juga tidak kenal siapa berada di sekitar saya masa itu. Jadi apa jua reaksi saya ketika itu adalah spontan dan bukan kerana saya ‘ternampak’ sesiapa. Bagaimanapun, gosip itu tidak berbekas di hati dan menganggapnya sebagai asam garam seorang artis. Asalkan saya tak buat perkara yang menyalahi undang-undang,” katanya.

Bercerita mengenai wataknya dalam RT, jelas Ariel dia sebagai Daniel. Drama ini berkisar pergolakan keluarga. “Seorang usahawan, Hisham (Esma Daniel) berusaha membimbing isteri dan anaknya kembali ke jalan Allah,” katanya mengenai drama yang berakhir tayangan­nya 25 Ogos lalu.

Jelas Ariel lagi, dia juga muncul dalam filem terbaru arahan Azhari Zain bertajuk Tujuh Petala Cinta.

“Watak saya Atan yang dulunya jahat berubah menjadi seorang yang merendah diri dan belajar di sekolah pondok. Watak itu sangat menarik kerana Atan akhirnya mendapat petunjuk Allah,” katanya yang turut berlakon bersama Fizo Omar, Diana Amir dan ustaz Dinie dalam filem itu.

Ariel yang sudah ketiadaan ibu bapa, Aidilfitri lalu dia menyambutnya di Johor dengan adik-beradiknya.

“Raya bagi saya biasa saja. Apabila tiada orang tua, raya sudah hilang seri.
Adik beradik lain sudah berkeluarga dan dapat berhari raya bersama keluarga masing-masing, jadi kemeriahan itu masih terasa. Saya pula seorang diri, tentu sunyi,” katanya.

Kali pertama menemubual Anzalna, sukarnya dia menyusun kata. Berbelit dia mahu bercerita, tak tahu mana pangkal, mana hujung. Mujur Ariel banyak membantunya.
Memulakan bicaranya pada petang itu, dia mengakui masih kaku beraksi.
Disebabkan itu walaupun dia pernah dapat tawaran berlakon filem, ditolaknya kerana mahu menimba pengalaman berlakon drama dulu.

“Drama pertama lakonan saya, Suria Di Cordoba (SDC) dan barulah RT. Dalam kedua-dua drama itu saya bawakan karakter berbeza. Sebagai Zara Sulaiman dalam SDC, peranannya tidaklah berat sangat. Manakala sebagai Rossa dalam RT, ia bukan watak jahat tetapi gadis lurus bendul yang sangat patuh pada Daniel,” katanya.

Latar Anzalna, dia sambung belajar di High School Tasmania dan kemudian melanjutkan pengajian di Launceston Col­lege, Tasmania, Australia (kursus bahasa Inggeris, Perancis dan Sepanyol). Dia kembali ke tanah air pada 2008 dan menyertai Pertandingan Dewi Remaja 2009.

“Selepas tamat pertandi­ngan itu, dapat banyak tawaran berlakon. Walaupun pada mulanya saya bercita-cita menjadi guru bahasa sesuai kelulusan yang ada, peluang berlakon datang dulu. Keluarga pula merestui, jadi saya teruskan saja kerjaya seni ini.

“Adik saya, Mia (19 tahun) pun berlakon sama dalam RT,” katanya yang berehat daripada lakonan sepanjang Ramadan lalu.

Berkongsi cerita dengan Jaslin pula, selepas tamat pengajian di Universiti Lim Kokwing dalam jurusan Hiasan Dalaman, dia terus bekerja di syarikat swasta selama empat tahun dan pada masa sama dia buat peragaan.

“Kemudian saya pergi uji bakat untuk RT dan dapat pegang watak pemandu peribadi bernama Ali. Sebagai orang baru, saya tidak memilih watak. Sebenarnya watak Ali bukan pemandu peribadi biasa tetapi dia sangat rapat dengan majikannya Hisham.

“Dengan Ali, Hisham mencurahkan perasaannya mengenai masalah keluarga­nya. Dalam pada itu Ali juga mencari bapa kandungnya yang meninggalkannya sejak kecil.
Jadi Ali juga ada konflik,” katanya.

Walaupun berlakon, Jaslin tetap dengan kerja tetapnya kerana majikannya yang memahami minatnya dalam bidang seni memberi kelonggaran kepadanya.

“Kalau ada tawaran berlakon, saya akan minta cuti tanpa gaji kerana tak mahu menimbulkan masalah pada kemudian hari.

“Hati kawan di pejabat kena jaga juga,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: