Monday, September 19, 2011

Tangani fail hilang

SAYA telah membeli sebuah Imation Apollo Portable Hard Disk Drive 500GB. Selepas itu saya telah memasukkan fail-fail penting ke dalam cakera keras tersebut.

Malangnya baru-baru ini cakera keras tersebut tidak dapat digunakan kerana tiba-tiba tidak dapat dibaca oleh komputer saya dan komputer yang lain.

Lalu, saya telah pergi ke kedai tersebut dan dimaklumkan tiada apa yang boleh dilakukan dan cakera keras itu perlu diformat.

Saya tidak berpuas hati kerana fail-fail yang terdapat di dalam cakera keras tersebut sangat penting.

Malah, mereka tidak mahu menggantikan cakera keras baru dan mahu menghantarnya ke Kuala Lumpur untuk pemeriksaan.

Saya sangat kesal dengan situasi ini kerana fail-fail tersebut amat penting untuk saya. Apa yang boleh saya lakukan?

SEKIRANYA cekera keras atau hard disk tersebut dihantar untuk dapatkan jaminan mendapat cakera keras yang baru atau pembaikannya, data-data yang ada di dalamnya tidak akan dikembalikan.

Jadi, perlu dapatkan kembali data-data tersebut terlebih dahulu sekiranya perlu sebelum dihantar ke pihak pengeluar.

Kenapa ini berlaku?

* Masalah kabel yang bermasalah. Cuba menggunakan kabel USB yang lain untuk hubung ke komputer lain.

* Masalah bekalan kuasa

Cuba menggunakan bekalan kuasa yang lain.

* Komponen Controller dalam cakera tersebut tidak berfungsi.

* Komponen cakera dalam cakera tersebut gagal berfungsi dengan baik. Kebiasaannya jangka hayat cakera ini lebih kurang lima tahun.

Masalah kegagalan fungsi untuk cakera keras luaran ini tidak boleh dijangka dan kadang kala ia boleh berlaku di awal pembelian.

Cakera keras luaran ini hanya sesuai untuk simpanan data bagi sementara waktu sahaja. Pastikan anda membuat salinan pendua data-data tersebut ke media-media lain seperti cakera keras dalaman, cakera padat (CD), cakera video digital (DVD) dan sebagainya.

Bagaimana untuk dapatkan data-data?

* Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah pastikan ia boleh berfungsi atau dibaca daripada komputer yang lain.

* Dalam Windows, cari program Disk Manager yang boleh dicapai di START> CONTROL PANEL> ADMINISTRATIVE TOOLS> COMPUTER MANAGEMENT> DISK MANAGEMENT.

* Cuba gunakan kabel USB yang lain atau yang sedia ada baik.

* Cuba gunakan bekalan kuasa yang lain.

* Kadangkala cara terakhir ini boleh membantu iaitu cakera tersebut dipanaskan atau disejukkan. Jadi, masukan cakera keras tersebut selama 15 minit ke dalam peti sejuk. Kemudian, data-data tersebut berkemungkinan boleh dicapai dalam masa yang tidak lama.

* Hantar cekera keras tersebut kepada pihak pakar dengan bayaran yang agak mahal juga seperti di Vbuster, http://www.diskdoctors.com dan lain-lain.

* Cuba muat turun program-program komputer untuk kembalikan data daripada cakera keras yang bermasalah.

Program-program komputer untuk kembalikan data

n TestDisk - Ia berasaskan sumber terbuka untuk pelantar Windows, Linux dan Mac.

http://www.cgsecurity.org/wiki/TestDisk

* Recuva - Ia digunakan untuk pelantar Windows. Terdapat versi freeware tetapi mempunyai fungsi yang terhad. http://www.recuva.com/

* PhotoRec - Ia berasaskan sumber terbuka untuk pelantar Windows, Linux dan Mac.

http://www.cgsecurity.org/wiki/PhotoRec

* Restoration - Ia digunakan untuk pelantar Windows. Ia adalah percuma.

http://www.aumha.org/a/recover.php

n Undelete Plus - Ia digunakan untuk pelantar Windows dan Mac. Ia adalah percuma.

http://undelete-plus.com/

n Getdataback - http://www.runtime.org/

Akhir kata, cakera keras luaran ini hanya untuk simpanan data sementara sahaja. Pastikan data-data yang berada di dalamnya dibuat salinan pendua ke tempat lain. Lakukan penjagaan yang baik dengan memastikan kurang gegaran berlaku ke atasnya. Pastikan juga sambungan yang dibuat untuk pemasangan pada komputer dan dilakukan dengan baik dan berhati-hati. Begitu juga untuk memisahkan atau eject daripada komputer yang digunakan, lakukannya dengan baik.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: