Tuesday, September 20, 2011

Suara Kami dapat sokongan Perdana Menteri

Membariskan barisan artis-artis antarabangsa tempatan yang menjadi kegilaan remaja masa kini dengan gabungan artis-artis tempatan yang sememangnya sudah terbukti kehebatannya, Konsert Suara Kami yang berlangsung di Stadium Merdeka pada 17 September lalu ternyata sangat menakjubkan.

Biarpun pada awal permulaannya, stadium agak suram memandangkan hujan lebat yang turun beberapa jam sebelum konsert bermula, ia kemudiannya menjadi rancak apabila persembahan daripada kumpulan Hujan dengan lagu terbaru mereka, Rumah Kita menjadi persembahan pertama pada malam itu.

Nelly turut membuat persembahan pada malam itu

Malam semakin hangat dan acara semakin meriah apabila Aznil Hj Nawawi mengumumkan kehadiran Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak yang turut sama memberikan sokongan terhadap usaha belia untuk memperlihatkan suara mereka pada malam itu.

Pelawaan Aznil Hj Nawawi menerusi laman sosial, Twitternya perdana menteri ternyata disambut baik biarpun pada awalnya, Najib mengatakan beliau terlalu sibuk dengan urusan kerjanya yang lain.

Mengakui mahu mendekati kaum remaja dan belia, jelas Najib, beliau mahu mengenali remaja dengan lebih dekat lagi.

Acara yang diadakan sehari suntuk ini bermula seawal jam 12 tengah hari, iaitu bermula dengan karnival dan kemudiannya konsert pada sebelah malam.

Antara artis antarabangsa yang turut membuat persembahan adalah pelakon, penyanyi dan rapperm Nelly, kumpulan K-Pop, Rania, penyanyi-penyanyi latar tersohor India, Naresh Iyer dan Chinmayi.

Manakala artis Malaysia yang terlibat adalah Pop Shuvit, Yuna, Hujan, Azlan Typewriter, Faizal Tahir, Altimet, Psychounit Rabbit dan Point Blanc.

Lan antara artis yang membuat persembahan mantap pada malam itu

Najib sentiasa ditemani isterinya

Rania, artis popular dari Korea

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: