Tuesday, September 27, 2011

Selena bersiar tanpa Justin

Selena kelihatan berbual dengan ibunya.
Selena kelihatan berbual dengan ibunya.

SEJAK beberapa bulan yang lalu, pasangan remaja ini jarang sekali dilihat berasingan.

Tapi nampaknya, Selena Gomez dapat juga keluar tanpa teman lelakinya, bintang pop Justin Bieber.

  • Foto

    Selena dan Justin, digelar “Brangelina 2.0” kelihatan mesra di Malibu, Jumaat lalu.

  • Foto

    Selena kelihatan seronok menghabiskan hari Sabtunya bersama keluarga di Zoo Los Angeles.

  • Foto

    Mereka bertiga gembira melihat telatah zirafah sambil menikmati minuman yang dibeli di kafe zoo.

Aktres dan penyanyi yang berusia 19 tahun kelihatan gembira meluangkan masa santai di Zoo Los Angeles, bersama keluarganya.

Kedua-dua ibu bapa Selena yang sudah bercerai, Mandy Teefy dan Ricardo Gomez menemankan anak remaja mereka.


Mandy dan Ricardo bercerai ketika Selena berusia lima tahun, tetapi sesekali mereka akan tetap meluangkan masa keluar bersama-sama.


Selena kelihatan relaks bersama ibu bapanya. Sesekali dia ketawa mendengar cerita bapanya dan sesekali gadis itu seperti sedang membincangkan sesuatu yang serius dengan ibunya.

Keluarga itu membeli minuman di kafe Sweet Treats dan kemudian berhenti untuk melihat zirafah pula.

Selena turut membeli sepeket bertih jagung untuk dimakan sambil berjalan di sekitar zoo.

Bintang ‘The Wizard of Waverly’ kelihatan santai dengan legging berwarna kelabu dan kardigan kelabu berbelang. Beg kulit disandang dibahu dan dipadan dengan but hitam. Rambutnya pula disanggul ringkas. Sebagai pelengkap penampilannya yang menyeronokkan, Selena sengaja menyangkut patung monyet ungu di lehernya.

Ketika berada di sangkar chimpanzee, Selena turut memberikan senyuman manis kepada peminat yang mengenalinya, walaupun bapanya di sebelah kelihatan agak tidak selesa.

Sebelum itu, Selena dan ibu bapanya dilihat sedang sarapan pagi di sebuah kedai makan di Los Angeles. Dia dilihat sedang menghantar pesanan ringkas, mungkin juga walau berjauhan, Bieber masih dekat di hatinya.

Selena memang dilayan dengan romantik oleh kekasih hatinya.

Penyanyi yang berusia 17 tahun yang terkenal dengan lagu ‘Somebody To Love’ itu telah membuat satu kejutan kepada Selena dan membawanya menyaksikan filem Titanic dengan menyewa pawagam di Staples Centre yang boleh memuatkan 20,000 orang untuk mereka berdua dan sebelum ini, sudah tiga kali tiket tayangan di pawagam itu habis dijual.

Tapi, Bieber tidak dikenakan bayaran langsung untuk tayangan persendirian itu.

Menurut TMZ, satu sumber yang rapat dengan Bieber berkata, “Begini ceritanya.... Justin bawa Selena ke konsert Demi Lovato di Teater Nokia yang berdekatan.”

Katanya lagi, “Mari ikut saya” dan dia terus bawa Selena ke Staples Centre untuk menonton kisah kapal karam yang terkenal itu.”

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: